TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
10.1 Penyelaras dan Setiausaha Kokurikulum
v Mengatur dan mengawasi perjalanan persatuan, kelab dan unit beruniform.
v Menyediakan jadual waktu dan tempat perjumpaan.
v Mengedarkan pekeliling2 yang berkaitan kepada guru-guru penasihat.
v Menyediakan borang-borang yang berkaitan dengan persatuan, kelab dan unit beruniform.
v Menyemak aktiviti yang dijalankan oleh semua persatuan, kelab dan unit beruniform dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk tindakan selanjutnya.
v Menyimpan senarai ahli jawatankuasa, peraturan-peraturan dan rancangan kegiatan setiap persatuan, kelab dan unit beruniform bagi pihak sekolah untuksemakan.
10.2 Guru Penasihat Persatuan / Kelab / Unit Beruniform
v Berbincang dengan murid dalam merancang aktiviti tahunan.
v Menyerahkan daftar ahli jawatankuasa, daftar senarai ahli dan perlembagaan kepada Pengetua untuk disahkan melalui Setiausaha Kokurikulum.
v Menyerahkan penyata kewangan dan kewangan kepada Pengetua sebelum cuti akhir tahun.
v Mengawasi murid sepanjang aktiviti perjumpaan diadakan.
v Menyerahkan laporan pertengahan tahun dan akhir tahun kepada Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum melalui Setiausaha Kokurikulum.
v Menentukan bahawa aktiviti seliaan masing-masing berjalan lancar dan berkesan.
v Bertanggungjawab terhadap kawalan disiplin murid yang menjadi ahli.
v Menentukan semua aktiviti atau rombongan adalah terkawal dan diuruskan dengan sempurna mengikut undang-undang polisi sekolah dan Jabatan Pendidikan.
v Melaporkan kepada guru bertugas mingguan sebarang aktiviti persatuan yang dijalankan.