OBJEKTIF


1. Melatih murid menjadi insan yang berketerampilan, bersahsiah mantap dan berdisiplin selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keperluan ini dapat dipenuhi dalam

aktiviti dan program kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

2. Menyemai kesedaran dalam kalangan murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa.

3. Mengasah potensi, meningkatkan serta memperkukuhkan minat, bakat dan kemahiran murid. Kegiatan kokurikulum yang menyediakan program dan aktiviti peningkatan

kemahiran dapat membantu murid menambah kemahiran dalam bidang yang mereka minati.

4. Menambah semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Melalui aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan

dan kekitaan dapat dipupuk dan diperkembangkan ke dalam masyarakat.

5. Mewujudkan budaya dan persekitaran sekolah yang sihat, menarik, berkesan dan menggembirakan bagi membantu pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri

murid. Dengan demikian, murid dapat merasakan bahawa sekolah adalah tempat untuk mereka memenuhi kehendak dan minat mereka.

6. Menyeimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid.

7. Melatih murid menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan tidak menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak bermanfaat.

8. Membina kerjasama antara sekolah dan masyarakat.

9. Memberi khidmat dan sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

10. Menyediakan satu pengalaman yang seimbang dengan pendidikan formal.


11. Semua murid diwajibkan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kokurikulum iaitu :


1. Pasukan Badan Beruniform

2. Persatuan dan Kelab

3. Sukan dan Permainan


12. Guru-guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian aktiviti kokurikulum.


13. Guru-guru yang telah banyak berjasa dlam aktiviti kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.


14. Sumber rujukan untuk pelaksanaan pengurusan dan aktiviti kokurikulum adalah merujuk perancangan strategik kokurikulum seperti terkandung dalam Buku Perancangan

Strategik SMK RLKT Lasah 2021-2025