Apakah maksud pemikiran komputasional ?
Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
Teknik dalam Pemikiran Komputasional
Terdapat empat teknik asas dalam pemikiran komputasional iaitu :
Teknik leraian
Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Teknik pengitlakan
Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Persamaan-persamaan yang terdapat beberapa masalah atau dalam masalah yang sama.
Mengutamakan perkara-perkara penting dalam suatu masalah dan meninggalkan aspek-aspek yang kurang penting.
Membina model berdasarkan corak-corak yang telah dikenal pasti daripada beberapa masalah yang serupa.