Komputer menggunakan sistem perduaan untuk menyimpan data. Sistem ini menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1 untuk mewakili data. Sistem perduaan juga dikenali sebagai Sistem Asas 2 atau sistem nombor binari kerana terdapat dua pilihan digit iaitu 0 dan 1.
Nilai tempat dalam sistem perduaan ialah 1, 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Cara menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan: Nombor perduaan: 10110111
Dua kaedah digunakan untuk penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan:
Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya
Kaedah ambil daripada baki
Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya
Dalam kaedah ini, nombor asal dibahagi dengan 2. Catatkan hasil bahagi dan bakinya. Hasil bahagi pertama dibahagikan dengan 2 sekali lagi dan hasil bahagi serta bakinya dicatatkan. Hasil bahagi akan dibahagikan dengan 2 sehingga tidak boleh dibahagi lagi dan setiap bakinya dicatatkan. Nilai nombor perduaan diambil berdasarkan bakinya secara menyongsang.
Bandingkan nilai nombor perpuluhan dengan nilai tempat terdekat nombor perduaan yang kurang daripada nombor perpuluhan tersebut. Jika nilai tempat kurang daripada nilai nombor perpuluhan, catatkan perbezaannya dan tandakan 1 pada nilai tempat tersebut. Ulangi proses ini sehingga nilai tempat yang terakhir.
Kod ASCII adalah singkatan daripada American Standard Code for Information Interchange
KodASCII menggunakan nombor perduaan untuk mewakili setiap aksara
Kod ini mempunyai 128 aksara dan digunakan oleh kebanyakan sistem komputer