Korpus Inovasi Ilmu Khas 2023 ini merupakan koleksi inovasi yang dihimpunkan daripada senarai peserta terpilih melalui Pertandingan Inovasi Ilmu Khas peringkat kebangsaan tahun 2023. Sebanyak 52 hasil inovasi di peringkat kebangsaan dalam bidang bahasa, sains dan matematik, kemanusiaan, teknik dan vokasional, pendidikan khas dan inklusif serta pengurusan dihimpun di dalam buku ini.
Buku ini menjadi panduan dan rujukan kepada individu atau kumpulan sebagai usaha untuk menyediakan peluang dan mendorong warga pendidik khususnya bagi menunjukkan kebolehan dalam bidang inovasi dan kreativiti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan. Melalui penghasilan buku ini, akan memberi galakan dan pengiktirafan secara formal kepada para inovator dalam bidang inovasi.
Dalam buku ini, produk inovasi dipaparkan secara audio dan visual melalui pautan QrCode berkenaan video penghasilan inovasi individu atau kumpulan. Pendekatan ini digunakan selari dengan matlamat revolusi industri 4.0 (I.R 4.0) yang menjadikan konsep kehidupan berteraskan rangkaian internet (Internet of Things (IoT)). Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh murid, pelajar, guru, pensyarah dan siapa saja yang mahu mengetahui dan melaksanakan inovasi.
Terbitan : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
Salinan digital : https://online.flipbuilder.com/xprhl/jrqk/