Majlis Penyampaian Anugerah Pemenang Pertandingan Reka Cipta & Inovasi ILKBS 2022 pada 11 September 2022 di AEON Nilai, Negeri Sembilan. Hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu ( Menteri Belia & Sukan).
Pencapaian : 2 PINGAT EMAS & TEMPAT KETIGA KATEGORI SEKOLAH BIDANG ELEKTRIK & ELEKTRONIK
Anugerah Pahang 1st pada 29 Disember 2022 di Dewan Bandaraya, Kompleks Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuantan. Hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang.
Pencapaian : TEMPAT KETIGA KATEGORI SEKOLAH
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Pahang 2022 pada 7 Disember 2022 di Dewan Bitara, SMK Bukit Rangin Kuantan. Anugerah di sampaikan oleh Encik Muhamad Sapiee Bin Meon, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid.
Pencapaian : PERSATUAN STEM (KEDUA)
Pertandingan 3-Minute PDP Pitching Sempena Bulan Transformasi Pendidikan KPM pada 27 Ogos 2022 di Ruang Legar PPD Bera. Hadiah disampaikan oleh Pn Dasimah Bt Yahia @Othman, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran.
Pencapaian : TEMPAT KETIGA
Kolokium ini telah di adakan pada 17-18 Julai 2023 di Bilik Gerakan 1 PPD Bera. Pembentangan di lakukan secara GM dan bersemuka. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn Hanita Binti Kasim, KPPD Bera.
Video Rakaman :
SESI 1 - KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PPD BERA SESI 2022/2023
https://www.youtube.com/live/ndZnAiGxuCM?feature=share
https://www.youtube.com/live/Vdyow_iUYoM?feature=share
MAJLIS PENUTUPAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PPD BERA 2023
https://www.youtube.com/live/Ab6AN_pqd5s?feature=share
Pencapaian : PINGAT PERAK
Majlis ini telah diadakan pada 11.9.2023 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Diwakili oleh:
Muhammad Syafiq Haziq Bin Muhd Syukri – Pengerusi Persatuan STEM
Muhammad Amirul Amir Bin Mohd Rosli
Senarai peserta dan projek inovasi: https://bit.ly/3RcCcud
Pencapaian SMK Bera Bandar 32: 1 PINGAT EMAS & 4 PINGAT PERAK
Tarikh : 4 OKT 2023 - 5 OKT 2023
Tempat : Politeknik Besut
Disempurnakan oleh :
YBrs. HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN*
Timbalan KPPM, Sektor Pembangunan Profesionalisme, Kementerian Pendidikan Malaysia
Buku program: https://online.anyflip.com/yusrj/iogg/mobile/index.html
Pertandingan Inovasi PdPc Kategori Guru
Nama Guru : Nasrul Hakim Bin Zakaria & Fauziah Binti Abdul Muin - Guru PVMA SMK BERA BANDAR 32
Pencapaian : PINGAT GANGSA
Pertandingan ini telah di adakan pada 28.11.2023 bertempat di Dewan Aspirasi PPD Bentong. Sebanyak 30 penyertaan dari kategori individu sekolah rendah, individu sekolah menengah, berkumpulan dan individu pra sekolah. Tahniah kepada para peserta yang layak ke peringkat negeri tahun 2024.
Laman web AGI : https://sites.google.com/view/agi-jpnp/home
Pertandingan ini telah di wakili oleh 3 orang pelajar PVMA Tingkatan 4 iaitu Mahad Al Fahris Bin Ahmad Ruzi, Shaihan Muzaffar Bin Mohd Shahidallah & Ahmad Ashraff Mikhail Bin Abdul Rahman. Pencapaian TEMPAT KEDUA.Sijil Pencapaian telah di sampaikan oleh Tn Hj Hisan Bin Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah HEM, Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang) pada 17 Disember 2024 bertempat di Dewan Seri Utama, SSTP Jalan Beserah Kuantan.
Majlis ini telah diadakan pada 10.5.2025 di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. 3 orang pelajar PVMA SMK Bera iaitu Seh Iman Ashdad Bin Seh Hairul Amri, Faris Muzakkir Bin Farizan & Abdul Muiin Bin Mohammad Rodzi telah menyertai pertandingan ini. Inovasi ini telah mendapat Pingat EMAS Kategori Environmental Science. Pingat telah disampaikan oleh En Ganesan Jeyabalan, Presiden MIICA.
Turut serta dalam Majlis Penutup I³C ialah Tn Pengetua SMK Bera , En Rosdi Bin Mamat & Ketua Bidang Sains Matematik, En Bani Nurulhesyam Bin Muhamad.
Pencapaian : PINGAT EMAS