Standard Pembelajaran
6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.
Isi Padu
Aktif Minda!
Anda ingin menghadiahi kawan baik anda sebuah hadiah sempena hari jadi mereka. Tetapi, adakah ruang di dalam kotak hadiah tersebut muat? Berapakah ruang yang diperlukan untuk memuatkan hadiah tersebut?
Ruang bagi sesuatu bentuk 3D dikenali sebagai ISI PADU.
Unit: Sentimeter padu (cm³) atau meter padu (m³)
Formula bagi isi padu kubus/kuboid:
Panjang (cm) x Lebar (cm) x Tinggi (cm) = Isi Padu (cm³)
Panjang (m) x Lebar (m) x Tinggi (m) = Isi Padu (m³)
Tinggi adalah ukuran garisan yang menegak.
Bagi kotak hadiah seperti di dalam gambar, kotak tersebut berbentuk kubus, bermakna setiap sisi mempunyai ukuran yang sama. Maka, panjang, lebar dan tinggi bagi kotak tersebut juga adalah sama.
Isi Padu = 5cm x 5cm x 5cm
= 25cm² x 5cm
= 125cm³
Menggunakan "GeoGebra" di bawah, murid-murid boleh fahami konsep isi padu dengan lebih mudah.
Wah, murid-murid sudah berjaya menghabiskan topik ini. Anda memang sangat hebat. Tapi, untuk menguji kefahaman murid-murid, cikgu ada sertakan beberapa permainan dan kuiz untuk dicuba. Semoga berjaya!