Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran
6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga lapan sisi.
6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, segi empat bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi empat 1 unit persegi dan rumus.
Perimeter
Aktif Minda!
Cuba murid-murid bayangkan sebuah taman bunga di belakang kawasan rumah. Anda ingin meletakkan pagar untuk mengelakkan bunga-bunga tersebut daripada dipijak oleh orang lain. Berapakah jumlah panjang pagar yang diperlukan untuk menutupi kawasan taman bunga tersebut?
Jumlah panjang pagar ini melibatkan konsep yang akan kita belajar, iaitu PERIMETER.
Unit: Sentimeter (cm) atau meter (m). Pastikan unit bagi semua nilai telah sama terlebih dahulu. Jika jawapan dalam cm, semua nilai perlu dalam cm.
Jika murid-murid lihat gambar tersebut, panjang bagi satu sisi pagar adalah 2m. Jadi, untuk mendapatkan perimeter, kita harus menambah panjang keempat-empat sisi pagar.
Lihat simbol garisan merah ( | ), ia menunjukkan sisi yang sama panjang, maka, sisi lain juga mempunyai panjang 2m.
Perimeter = 2m + 2m + 2m + 2m
= 8m
Luas
Aktif Minda!
Kali ini, cuba murid-murid bayangkan petak bunga yang sama. Berapakah ukuran saiz kawasan bunga tersebut setelah dipagari?
Ukuran saiz kawasan ini dikenali sebagai LUAS. Kita akan menggunakan konsep darab.
Unit: Sentimeter persegi (cm²) atau meter persegi (m²). Pastikan unit bagi nilai telah sama terlebih dahulu. Jika jawapan dalam cm², nilai perlu dalam cm.
Terdapat dua formula luas iaitu luas segi empat dan luas segi tiga.
Bagi formula luas segi empat:
Panjang (cm) x Lebar (cm) = Luas (cm²)
Panjang (m) x Lebar (m) = Luas (m²)
Untuk memudahkan murid-murid, garis menegak adalah panjang, manakala garis melintang adalah lebar.
Disebabkan semua sisi segi empat sama adalah 2m, maka panjang dan lebar kedua-duanya adalah 2m.
Luas = 2m x 2m
= 4m²
Bagi formula luas segi tiga:
½ (Setengah) x Tapak (cm) x Tinggi (cm) = Luas (cm²)
½ (Setengah) x Tapak (m) x Tinggi (m) = Luas (m²)
"Mengapa formula untuk segi tiga ada ½ ?" Kerana, segi tiga terbentuk apabila segi empat dibelah separuh.
Luas = ½ x 10cm x 10cm
= 25cm²
Cikgu Ruth sekali lagi telah tiba untuk membantu anda bagi subtopik ini!
Menggunakan papan geo di bawah, murid-murid boleh melihat mencuba pelbagai bentuk dengan perimeter dan luas yang berbeza-beza.