Status sosioekonomi merujuk kepada kedudukan individu dalam masyarakat mengikut faktor ekonomi dan sosial yang termasuk pendapatan, pendidikan, pekerjaan, dan aset. Status sosioekonomi ini juga merupakan salah satu faktor yang mampu mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan kita. Menerusi kajian sosiologi, pendidikan serta ekonomi, mendapati bahawa status sosioekonomi berperanan dalam proses pembelajaran serta kecermelangan akademik. Ianya dapat memberi kesan yang besar kepada murid secara langsung dan tidak langsung.
Kebanyakkan status ekonomi murid berbeza bergantung mengikut tahap pendidikan ibu bapa mereka. Intihanya, ibu bapa yang berada di luar bandar tidak berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan anak-anak mereka untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menghantar anak mereka ke kelas tambahan. Ini menyebabkan mereka kurang terdedah dengan maklumat-maklumat terkini dan pengetahuan mereka juga terhad hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah semata-mata. Selain itu, murid ini juga tidak mendapat bahan pembelajaran serta sumber rujukan tambahan bagi pembelajaran mereka dek kerana status ekonomi keluarga yang rendah. Selaras dengan itu juga murid berkemungkinan tidak mendapat sokongan moral daripada ibu bapa mereka dalam meneruskan pembelajaran dan ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang berstatus ekonomi rendah mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Kebanyakkan mereka tidak menyedari kepentingan anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Oleh hal yang demikian berlakunya jurang pendidikan di dalam kalangan murid yang dipengaruhi oleh status sosioekonomi.
Pemerkasaan Individu: Melalui pendidikan yang berkualiti, murid dapat diberi keupayaan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Ini menyokong konsep karamah insaniah dengan memberikan setiap individu peluang untuk mencapai potensi maksimum mereka, tanpa dipinggirkan oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi.
Keadilan Sosial: Konsep karamah insaniah juga mencerminkan nilai-nilai keadilan sosial. Keadilan sosial merangkumi setiap murid mempunyai akses yang sama terhadap peluang-peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka. Oleh itu, dalam konteks pendidikan, sistem pendidikan yang adil dan saksama harus dipertahankan untuk memastikan individu dari semua lapisan masyarakat mempunyai akses yang sama terhadap pendidikan yang berkualiti.
Integrasi dengan Konsep Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Konsep karamah insaniah dapat dihubungkan dengan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia, seperti kesopanan dan kesejahteraan yang bersama. Selain itu, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia, terdapat penekanan terhadap pembentukan individu yang berakhlak mulia dan berwawasan luas. Pendekatan pendidikan yang merangkumi konsep karamah insaniah akan membantu mencapai objektif ini dengan memberi tumpuan kepada pembangunan insan yang berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
Kesepaduan Nasional: Karamah insaniah berkait rapat dengan kesepaduan nasional, yang merupakan salah satu nilai utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui pendidikan yang menyokong karamah insaniah, individu diajar untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama, dan latar belakang sosioekonomi, serta untuk bekerjasama dalam membangunkan negara dengan memahami kepentingan bersama.