Site e-Learning Perniagaan SPM merupakan pelantar pembelajaran secara maya kepada semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Dalam site ini, cikgu Donny menyediakan kemudahan pembelajaran Subjek Perniagaan SPM sebagai alternatif 'Self Learning' semasa di rumah. Majoriti murid menggunakan gajet semasa di rumah dapat memberi masa, ruang dan peluang untuk mendapatkan pelbagai bahan pembelajaran dan latihan di dalam satu site (Here All In One) ini. Bahan-bahan yang disediakan bukan hanya terhad kepada DSKP Perniagaan, Buku Teks Digital, video pembelajaran di Youtube, Modul Berfokus III, Jawapan Modul Berfokus III Soalan-soalan online, tetapi termasuklah menyediakan platform Group Diskusi Perniagaan di Telegram dan Mylink Sumber Rujukan Perniagaan KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Video pembelajaran yang dipermudahkan merujuk kata kunci penting dan penjelasan mudah difahami merangkumi semua tajuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 bersandarkan DSKP Perniagaan KSSM. Cikgu Donny juga ada menyediakan video tentang Pengenalan dan Kaedah Pentaksiran Perniagaan, Mudahnya Skor A Perniagaan SPM, Teknik Menjawab Soalan-soalan KBAT Perniagaan dan Mudahnya Mendapat Banyak Markah di Bahagian B dan Bahagian C Perniagaan SPM. Selain mendapatkan bahan-bahan pembelajaran dan rujukan, murid juga boleh menjawab soalan-soalan online sama ada secara Google Form atau Quizizz. Bagi soalan Google Form, murid yang berjaya menjawab betul 80% soalan akan diberikan sijil penghargaan digital.
Nasihat Cikgu Donny, jangan pernah ada putus asa (never ever give up) sebagai seorang murid yang mahu berjaya dalam pelajaran dan hidup. Sebagai seorang murid, memang tidak dapat dielakkan banyak cabaran, dugaan dan rintangan sama ada di persekitaran rumah, ahli keluarga, rakan sebaya atau daripada diri murid sendiri. Namun, apa yang paling penting, teruskan usaha gigih perjuangan murid-murid demi mencapai matlamat hidup dengan memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM kelak dan akhirnya dapat mengubah nasib diri dan nasib keluarga anda.
Wish you all, all the best and good luck. God Bless.
Big thank you for your support