Kerjaya Cikgu Donny Ng Yau Hing sebagai seorang guru bermula sebagai seorang guru sandaran di SM Convent St. Cecilia, Sandakan, Sabah pada tahun 1993 selama 7 bulan selepas sahaja menamatkan persekolahan Tingkatan 6. Selepas tamat kursus Perguruan Asas selama 2 tahun setengah di Maktab Perguruan Sandakan Sabah pada tahun 1997 dalam bidang pengkhususan Matematik, saya telah ditempatkan di SRK Pulau Lubukan, Sandakan selama 5 tahun. Kesukaran dan pelbagai cabaran seorang pendidik di sekolah ini, menyedarkan saya bahawa kerjaya keguruan merupakan satu profesion yang bukan mudah tetapi murni dan disegani. Saya telah menyambung pendidikan saya di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada tahun 1999 dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bidang Dengan Ekonomi selama 4 tahun.
Setelah menamatkan pengajian di UMS, saya dapat berpindah ke sekolah SMK Beluran, kampung halaman sendiri. Saya telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2004 dengan seorang isteri berasal dari daerah Tuaran. Saya telah menyambung pendidikan Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran selama 2 tahun setengah. Selepas 5 tahun bertugas di SMK Beluran, saya telah berpindah ke SMK Bahang, Penampang pada tahun 2010. Semasa bertugas di sekolah ini, saya telah berulang alik dari Taman Sri Perdana, Tuaran selama 5 tahun sebelum berpindah ke SMK Taman Ria, Tuaran pada tahun 2015.
Di sekolah ini, saya merupakan seorang guru akademik subjek Perniagaan, subjek Matematik SPM dan PJK. Dari segi Kokurikulum, merupakan seorang jurulatih olahraga dan bola sepak di samping guru penasihat PBSMM dan Kelab Rukun Negara.
Sekian, terima kasih.