Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pensyarah / penyelaras menguruskan pengurusan Closing the Loop (CDL) dan peningkatan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement - CQI) agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pensyarah / penyelaras untuk mendapatkan maklumat dan proses pelaksanaan pengurusan CDL dan CCQI secara teratur.
Amalan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education - OBE) memerlukan proses peningkatan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement - CQI) dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sesuatu program pendidikan secara berterusan. Penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) telah menjadi aspek yang semakin penting dalam pelaksanaan kurikulum institusi pendidikan serta meningkatkan persekitaran pendidikan.
Peningkatan kualiti berterusan (CQI), adalah prinsip teras dalam pendidikan moden. Prinsip ini mengiktiraf keupayaan pelajar untuk belajar dengan berkesan. Selain itu, CQI juga mengiktiraf sejauh mana pelajar boleh mendapat manfaat daripada institusi pendidikan dan program yang telah direka bentuk dengan baik.
Justeru, modul ini sangat penting sebagai satu panduan untuk pensyarah, penyelaras CDL CCQI dan pihak yang terlibat dalam proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI).
OBJEKTIF MODUL PEMBELAJARAN CDL-CCQI
Menjelaskan pelaksanaan pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan (Curriculum Continual Quality Improvement CCQI) melalui mekanisme CDL di dalam kurikulum program pengajian.
Menjelaskan proses / manual proses pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan (Curriculum Continual Quality Improvement CCQI) melalui mekanisme CDL
Menunjukkan manual kerja penghasilan laporan CDL dan CCQI kursus dan program oleh Pensyarah / Penyelaras
ARAHAN
Pensyarah / Penyelaras boleh melaksanakan pembelajaran kendiri berdasarkan modul ini secara dalam talian.
Ikuti langkah-langkah yang terdapat dalam modul ini.
Pada akhir pembelajaran kendiri, pensyarah / penyelaras boleh menguji minda untuk memastikan kefahaman masing-masing terhadap keperluan CDL CCQI dan cara membina laporan CDL CCQI.
Tenaga pengajar (Pensyarah) dan Penyelaras Kursus
Ketua Jabatan
Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik /
Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik
Kampus Tier 1 Bidang dan Kampus Penyelaras