Q : Adakah kursus elektif juga perlu dilaporkan CDL dan CCQI?
A : Bagi kursus elektif tidak perlu laporan CDL dan CCQI. Digalakkan kampus yang melaksanakan elektif teras untuk menghantar ke Tier 1.
Q : Adakah kursus elektif juga perlu dilaporkan CDL dan CCQI?
A : Bagi kursus elektif tidak perlu laporan CDL dan CCQI. Digalakkan kampus yang melaksanakan elektif teras untuk menghantar ke Tier 1.
Q : Di kampus, siapakah yang bertanggungjawab membuat laporan CDL dan CCQI kursus?
A : Penyelaras setiap kursus bertanggungjawab membuat laporan CDL CCQI kursus dengan kerjasama dan perbincangan bersama-sama pensyarah yang mengajar kursus yang sama.
Q : Apakah tindakan selepas laporan CDL dan CCQI kursus disediakan oleh penyelaras kursus dan pensyarah?
A : Laporan perlulah dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat jabatan. Hasil daripada perbincangan, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan sekiranya perlu. Setelah dibentangkan peringkat jabatan/unit, laporan tersebut dihantar kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik.
Q : Perlukah laporan ini dibentangkan dalam mesyuarat MPPP atau Mesyuarat Akademik?
A : Ya perlu. Pembentangan bertujuan untuk membuat tindakan sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan kurikulum dalam laporan.
Q : Adakah setiap kampus perlu membuat laporan CDL CCQI Kitaran Program?
A : Semua kampus perlu membuat laporan peringkat program bidang teras masing-masing. Kampus yang berperanan sebagai Kampus Tier 1 akan membuat laporan program bagi setiap bidang selepas tempoh pengajian satu kohort tamat.
Q : Apakah yang boleh diperoleh daripada pengumpulan data Laporan CDL CCQI Kitaran Program?
A : Berdasarkan Laporan CDL CCQI Program, data yang diperoleh menjadi ukuran untuk membuat penambahbaikan terhadap kursus yang telah dilaksanakan serta kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan kurikulum termasuk aspek pentaksiran berterusan, penilalan terhadap pelaksanaan PdP oleh pensyarah dan gred pencapaian. Semakan kurikulum akan dilaksanakan berdasarkan data yang diterjemahkan.