merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan milik kerajaan (awam) yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tahap gred pembelajaran di sekolah ini adalah antara tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak pada arah barat laut
Profil sekolah
SMK Padang Tembak, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur
Kod Sekolah : WEA0199
Gred Sekolah : Sekolah Bestari
Pengetua : En Ahmad Nawawi Bin Shaari
Pen Kanan Tadbir dan Kurikulum : Pn Narimah Binti Hambali
Pen Kanan HEM : Pn Farazillah Binti Jaafar
Pen Kanan Kokurikulum : Pn Tengku Ainon Mariana Binti Tengku Mohamad
Pen Kanan Petang : Pn Rafiza Binti Zainuddin
Guru Kanan Bahasa : Pn Syarifah Farah Waheeda Binti Syed Mohsin
Guru Kanan Sains : Cik Amnah Binti Mohamad
Guru Kanan Teknik dan Vokasional : Pn Nor Adzira Bt Mohd Yunus
Guru Kanan Kemanusiaan/ Sains Sosial :En Au Lim Ping
No Telefon : 03-2698 7535
No Fax : 03-2693 5421
E-mail : smkptkl@yahoo.com
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan berwawasan.
Menyediakan modal insan untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Bahawasanya kami, murid-murid SMK Padang Tembak Kuala Lumpur dengan ini berikrar dan berjanji:
• Mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.
• Menghormati dan memelihara disiplin setiap masa.
• Patuh kepada nasihat dan teguran yang diberi.
• Menjaga nama baik sekolah.
• Bersama mengamalkan prinsip dan budaya hidup yang sihat untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan disiplin sekolah.