Cikgu Norashida telah mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu selama 2 tahun berturut-turut.
(2024-2025)
Kelas tambahan telah diadakan bagi membantu pelajar membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Dalam kelas ini, guru menekankan topik-topik penting, teknik menjawab soalan, serta memberi latihan intensif agar pelajar lebih yakin dan bersedia.
9 MEI 2025
Aktiviti kali ini, Cikgu Shida telah memilih beberapa orang murid dari kelas 5 Gigih untuk menyampaikan sajak bertajuk "Pesan Lelaki Kepada Gadis Kampus" di hadapan.Murid yang dipilih sebagai wakil lelaki ialah Adam, Zainul dan Danish, manakala wakil perempuan ialah Amira dan Kharyah.
25 FEBRUARI 2025
WOWW !
Tahniah kepada Sofea, Wani, Ammar, Fahmi , Syahirah , Fasha dan Syafiqah yang telah berjaya menyampaikan pembentangan menarik berdasarkan novel Terani, meliputi Bab 1 hingga Bab 5. Setiap ahli kumpulan membentangkan isi mengikut tajuk pilihan mereka yang telah dipersetujui bersama hasil perbincangan terdahulu. Pembentangan ini bukan sahaja menunjukkan kefahaman mereka terhadap jalan cerita, tetapi juga kreativiti dalam menyampaikan isi dengan tersusun dan berkesan.
6 MAC 2025
Pembentangan berlangsung lagi oleh Khayrah , Sofea , Wani dan Dzul dengan lancar dan tersusun. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan dengan baik, menyampaikan isi penting dengan jelas dan berkesan. Kreativiti terserlah apabila mereka menggunakan pelbagai teknik seperti selebriti Korea sebagai ilustrasi dalam penceritaan untuk menarik perhatian audiens. Pembahagian tajuk mengikut minat dan kekuatan masing-masing menjadikan pembentangan ini lebih menarik dan bermakna.
10 MAC 2025
Dalam pembentangan ini, Khayrah menggunakan gambar selebriti Korea sebagai ilustrasi untuk mewakili watak-watak dalam novel Terani. Teknik ini bertujuan untuk membantu audiens lebih mudah membayangkan perwatakan setiap tokoh dalam cerita, selain menambahkan elemen visual yang menarik. Kami percaya pendekatan ini dapat menjadikan penyampaian lebih berkesan dan tidak membosankan.
23/6/2025 - Kami mempelajari langkah-langkah untuk membuat baja kompos sendiri serta mengetahui tentang kesan membuat dan menggunakan baja kompos.