Perkhemahan merupakan sebuah komponen yang wajib untuk dilaksanakan oleh setiap Unit Beruniform (UB) di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkhemahan UB yang disertai oleh semua siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021 Keluaran Mei 2026 seramai 200 orang ini telah diberi nama sebagai Perkhemahan Unit Beruniform Madani IPGM Kampus Sarawak 2024.
Perkhemahan UB Madani IPGMKS ini dijadualkan berlangsung pada 9 - 12 Julai 2024 bertempat di Padang B & Pusat Latihan Kokurikulum IPGMKS. Perkhemahan ini melibatkan tiga UB iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) serta Kadet Remaja Sekolah (KRS). Perkhemahan ini diselaraskan di bawah Unit Kokurikulum di bawah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK).
Bilangan peserta bagi UB BSMM adalah seramai 68 orang ahli dengan pecahan kumpulan seperti berikut:
2 kumpulan besar untuk kuliah (di bawah pensyarah penasihat Encik Camillus dan Puan Sarah Freda)
12 kumpulan kecil untuk aktiviti berkumpulan dan tugas-tugas
6 kumpulan kecil (gabungan 2 kumpulan kecil) untuk aktiviti berkumpulan dan tugas-tugas
3 kumpulan besar (gabungan 4 kumpulan kecil) untuk persembahan malam kebudayaan