Lokasi perkhemahan telah ditentukan oleh Penyelaras Unit Beruniform, Encik Alex Dudley melalui mesyuarat yang dilaksanakan bersama-sama dengan pengurusan tertinggi. Hasil perbincangan mendapati bahawa tapak Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) dan juga Padang B IPGMKS yang terletak berhampiran dengan asrama perempuan menjadi lokasi utama untuk pelaksanaan perkhemahan ini.
PULAKO telah menjadi lokasi untuk menempatkan khemah urusetia dan menjadi tapak perkhemahan PPM, manakala Padang B telah menjadi lokasi tapak perkhemahan bagi BSMM dan juga KRS. Lokasi ini dipilih atas kerana beberapa faktor yang sesuai, antaranya ialah:
Berdekatan dengan sumber air iaitu paip daripada asrama perempuan, pejabat asrama dan PULAKO.
Berdekatan dengan sumber elektrik
Kawasan yang landai, rata dan sesuai untuk mendirikan khemah
Kawasan yang tidak mempunyai semak samun dan rumput yang panjang
Akses kepada tandas yang mudah
Kawasan yang tidak mempunyai pokok atau curam yang tinggi