Kejohanan Sukan MSSM
BUKU KEPUTUSAN RASMI
Kejohanan Sukan MSSM
Merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menyediakan ruang dan peluang kepada atlet-atlet di peringkat akar umbi, khususnya pelajar-pelajar sekolah melibatkan diri dalam bidang sukan. Menerusi kejohanan seumpama ini, murid - murid dapat menimba pengalaman untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka dalam suasana pertandingan yang sihat dan menyeronokkan. Justeru itu tidak hairanlah jika kejohanan seumpama ini telah berjaya melahirkan ramai atlet yang berkemahiran untuk dipilih mewakili negara dalam kejohanan yang lebih tinggi prestasinya di peringkat antarabangsa.