Berasal dan membesar di Kota Kinabalu, Sabah. Hampir sepenuh kehidupan berada di Kota Kinabalu Sabah. Saya juga pernah berada di beberapa daerah seperti Inanam dan Tawau atas sebab mengikuti perpindahan tempat kerja bagi ibu bapa.
Bidang pengucapan awam dan komunikasi merupakan kemahiran yang paling digemari sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Kemahiran ini juga telah sebati dengan diri saya sehinggakan saya kerap menyertai pelbagai pertandingan seperti Forum, Debat dan juga aktif memberikan ceramah serta perkongsian kepada para guru dan pelajar.
Sememangnya saya seorang yang penuh dengan inkuiri dan tidak dapat bertahan dengan satu keadaan yang sama. Sikap persaingan positif yang tinggi dalam diri ini menjadi punca kepada saya untuk kental dalam menyiapkan PhD dalam usia yang muda. Pada masa yang sama, saya turut merealisasikan impian diri iaitu melaksanakan satu Bengkel Komunikasi yang Menyeronokkan kepada kanak-kanak di Sabah iaitu Bengkel Cilik WOW yang telah bermula aktif sejak tahun 2018 lagi.