Humor merupakan elemen utama dalam aspek pembelajaran yang menyeronokkan. Salah satu perkara yang dinilai dalam Standard 4 SKPMG 2.0 ialah "mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan". Kajian ini telah memperlihatkan dan menjelaskan kegunaan humor dalam pengajaran dapat memberikan impak positif dalam pengajaran guru dan murid.
Kajian ini adalah untuk meneroka amalan pengajaran guru yang menggunakan humor dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.
Hasil kajian menunjukkan bahawa,penggunaan humor seperti Humor Relief dan Humor Ingkongruiti dalam pengajaran dapat memberikan kesan yang positif dalam dalam aspek emosi guru dan juga murid. Tambahan lagi, penggunaan humor akan meningkatkan lagi hubungan baik murid antara guru serta meningkatkan ingatan jangka masa lama murid dalam pembelajaran yang dilalui mereka. Namun begitu, penggunaan Humor Superioriti amat tidak digalakkan untuk digunakan dalam suasana pengajaran jika tidak mempunyai hubungan yang akrab dan kaedah penggunaan yang jelas kepada murid atau dalam pengajaran.
Untuk sebarang khidmat perunding latihan seperti :
Khidmat Latihan dari aspek peningkatan akademik
Khidmat Latihan dan motivasi komuniti
Khidmat Latihan Bacaan Berkesan