Sebagai seorang pendidik. Saya amat percaya kepada peningkatan keupayaan diri akan dapat membantu untuk peningkatan ekonomi diri pada masa akan datang. Terutama sekali dalam aspek pengucapan awam dan komunikasi. Jika anda mempunyai minat yang sama dan ingin berkongsi minat tersebut. Anda amat dialu-alukan untuk berkolaborasi dengan saya.
[ 2018] - [ 2022]
[ Universiti Malaysia Sabah]
[Ijazah Falsafah Kedoktoran ]
Mod pengajian ialah dalam penyelidikan dan mengambil pengajian sepenuh masa. Bidang yang dikaji ialah dalam Kurikulum dan Instruksional. Kajian berfokus kepada pengajaran Bahasa Melayu iaitu Humor dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.
–
[ 2013] - [2015]
[ Universiti Putra Malaysia, Serdang ]
[ Ijazah Sarjana ]
Mod pengajian adalah secara course work dan juga secara pengajian jarak jauh. Bidang yang diambil ialah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama. Pada masa ini adalah saat paling sukar saya iaitu terpaksa berulang-alik daripada sekolah di pedalaman Sabah ke lapangan terbang setiap bulan demi menjayakan impian ini.
[2007] - [2012]
[ Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, KK ]
[ Ijazah Sarjana Muda Perguruan, (Bahasa Melayu) ]
Mod pengajaran adalah sepenuh masa dan ditaja oleh KPM. Bidang adalah berfokuskan kepada Bahasa Melayu. Pada masa ini, bidang pengucapan awam dan komunikasi saya kian meningkatkan dan turut diasah dengan lebih efisyen. Banyak pertandingan dan kemenangan telah diperolehi pada masa ini.
–
[ 2002] - [ 2006]
[ Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu ]
[ Sijil Peperiksaan Malaysia]
Pada masa ini, aspek kepimpinan dan keyakinan diri mula dibentuk apabila saya telah dilantik sebagai Ketua Lembaga Disiplin Pelajar merangkap Timbalan Presiden Badan Wakil Pelajar bagi sesi 2005 - 2006. Kini, saya masih bergiat aktif sebagai Timbalan Ketua Cawangan ANSARA Kota Kinabalu bagi sesi 2023-2025 iaitu NGO Bekas Anak Mara.
[ 2013-2015]
[ Guru di SJKC Kong Min, Tenom ]
Disini bermula profesion saya sebagai guru dan tempat pertama saya ditempatkan untuk bekerja. Saya aktif dalam melatih para murid yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk aktif dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti pantun, bercerita dan juga bicara berirama. Peringkat tertinggi yang pernah dicapai mereka ialah peringkat Bahagian (Pantun).
-
[ 2016 - 2018 ]
[ Guru di SK Mutiara Kota Kinabalu, Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM ]
Saya aktif dalam melatih dan menguruskan bidang kluster tarian di sekolah ini. Dalam masa yang sama, saya juga turut terlibat dalam aktiviti Bahasa Melayu bagi Kokurikulum murid. Pada masa ini juga saya turut dilantik menjadi Pegawai Teknikal Negeri bagi membantu dalam Pertandingan Pantun di negeri Sabah.
Berikut merupakan sedikit rumusan berkenaan pengenalan diri saya. Kalian boleh menghubungi saya jika berminat untuk mengetahui lebih dalam mengenainya.