ANGKLUNG
KE ARAH SEKOLAH PENGURUSAN DIGITAL
KE ARAH SEKOLAH PENGURUSAN DIGITAL
PROGRAM KEBITARAAN KO-AKADEMIK (PENDIDIKAN MUZIK) SK PULAU TUBA
SOROTAN PENUBUHAN PASUKAN ANGKLUNG SK PULAU TUBA:
Simfoni Anak Pulau merupakan pasukan angklung kebanggaan SK Pulau Tuba, yang ditubuhkan pada tahun 2024 hasil inisiatif sekolah dengan sokongan padu daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai penyumbang utama serta peruntukan PCG sekolah.
Pasukan ini terdiri daripada anak-anak pulau yang berbakat besar dan penuh semangat dalam mengangkat seni muzik tradisional ke peringkat lebih tinggi. Walaupun masih muda dalam arena, Simfoni Anak Pulau telah berjaya merakam kejayaan apabila meraih tempat ke-6 dalam Pertandingan Ensembel Angklung Peringkat Negeri Kedah, sekaligus membuktikan kemampuan dan potensi mereka.
Selain itu, mereka turut menerima jemputan persembahan luar serta turut menyemarakkan pelbagai majlis rasmi sekolah dengan alunan angklung yang memukau dan menyentuh jiwa.
Dengan semangat dan disiplin tinggi, Simfoni Anak Pulau terus melangkah gagah, membawa irama tradisi merentasi lautan, dari Pulau Tuba ke persada seni negeri dan negara.
Pasukan Simfoni Anak Pulau mendapat bimbingan daripada CIKGU MOHD NADHIR SYAHIR BIN MOHAMAD ZAINI & CIKGU MOHAMAD AZWAN BIN MOHD ARHAM.
SESI LATIHAN DAN BIMBINGAN:
JEMPUTAN PERSEMBAHAN LUAR:
PERTANDINGAN ESEMBEL: