GURU BESAR
SK PULAU TUBA
KE ARAH SEKOLAH PENGURUSAN DIGITAL
ALUAN GURU BESAR
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, Google Site Big Data TUBA Excellent Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba telah dapat disediakan untuk rujukan dan tatapan semua.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat khususnya kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Google Sites Sekolah, Penyelaras Google Sites Panitia, Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah yang turut membantu menyediakan Google Site ini. Usaha ini adalah sebagai menyahut aspirasi Pendidikan Digital yang merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai matlamat guru kompeten digital dan murid fasih digital.
Kecemerlangan sesebuah sekolah diukur dalam pelbagai aspek, antaranya kecemerlangan akademik, keunggulan sahsiah dan kebitaraan kokurikulum di samping perhatian serius diberikan dalam melahirkan modal insan kelas pertama, Kemenjadian murid dan kualiti guru dalam melaksanakan PdPc yang berkesan khusus mendepati suasana pembelajaran yang lebih dinamik pada abad ke-21. Dalam erti kata lain, sekolah bukan hanya tempat untuk menimba ilmu semata-mata ia turut berfungsi untuk membentuk adab karamah insaniah dari sudut Rohani, membentuk sikap dari segi emosi, dan melahirkan masyarakat yang sihat dari aspek jasmani dan emosi bertujuan melahirkan generasi yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya berharap semua warga sekolah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah serta berusaha untuk menjadikan slogan sekolah “We Dream, We Believe, We Achieve” sebagai penggerak kepada kecemerlangan sekolah secara berterusan. Berkat kesungguhan, komitmen, kesepakatan dan kerjasama semua warga SK Pulau Tuba insyaAllah kita pasti akan menempa kejayaan dan kecemerlangan yang lebih gemilang lagi.
Kita sedang berusaha untuk menempa dan meraikan kejayaan-kejayaan kecil sebelum merayakan kejayaan besar penuh makna pada masa hadapan.
Akhir kata, selaku Guru Besar saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua warga sekolah ini. Semoga tahun ini menjanjikan kejayaan yang lebih membanggakan untuk kita semua.
#TUBAExcellent.
Sekian, terima kasih.
Razif Bin Md Rashid
Guru Besar
SK Pulau Tuba