PENGENALAN
Sastera Melayu berfungsi sebagai medium pendidikan yang menyampaikan ilmu, nilai dan pengajaran kepada masyarakat. Dalam konteks ini, pendidikan melalui sastera bukan sahaja merujuk kepada pembelajaran secara formal di sekolah, malah melibatkan proses pembentukan akhlak, sahsiah dan pemikiran individu. Dalam sebuah karya, unsur nasihat, teladan, moral dan falsafah hidup yang dapat dijadikan pedoman oleh pembaca. Oleh itu, sastera Melayu menjadi wadah yang berkesan untuk mendidik masyarakat secara halus dan berkesan.
Membantu dalam membentuk keperibadian yang mulia dan berilmu.
Mampu menanam sikap nilai murni seperti hormat-menghormati, bertanggungjawab, kasih sayang dan semangat patriotisme.
Melahirkan masyarakat yang berfikiran matang dan berwawasan.
Penting dalam pembangunan modal insan serta pembentukan generasi yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani.
CONTOH KARYA SASTERA:
NOVEL: LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel sejarah seperti Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talip turut berfungsi sebagai medium pendidikan. Novel ini memaparkan kisah perjuangan Leftenan Adnan dalam mempertahankan tanah air daripada penjajah. Unsur pendidikan yang jelas ialah semangat patriotisme, keberanian dan ketabahan menghadapi cabaran. Pembaca dididik supaya menghargai jasa pejuang negara serta menanamkan rasa cinta akan tanah air.