PKJR TINGKATAN 1
PKJR TINGKATAN 2
PKJR TINGKATAN 3
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.
Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada amalan budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diluluskan dalam Mesyuarat. Jawatan Kuasa Kabinet Menggenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 15 Mei 2006.
Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya