Ayat Silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja.
Digunakan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Kata silaan digunakan di awal ayat.
Sila masuk ke rumah saya.
Sila hadir awal ke sekolah.
Jemput datang ke majlis perkahwinan adik saya.
Jemput minum teh yang terhidang itu.
Ayat silaan juga boleh dilembutkan dengan menggunakan partikel penegas-lah.
Contoh Ayat:
Jemputlah makan hidangan di atas meja itu.
Silalah duduk di kerusi ini
Silalah letakkan barang itu di sini.