Ayat Permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.
Ayat ini bertujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Tolong pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum pulang ke kampung.
Tolong senyap semasa peperiksaan berlangsung.
Minta hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Minta bendahari untuk mengutip yuran kelas.