HTML adalah singkatan dari Hyper Text Markup Language. Apabila kita menjelajah internet, membuka laman web kita akan bertemu dengan HTML. Ini adalah kerana semua laman sesawang (web) dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML.
HyperText adalah metod di mana kita “berpindah” di sekeliling web, dengan mengklik sebuah teks yang bernama hyperlink. Hyperlink adalah sebuah teks khusus di internet, di mana saat teks tersebut diklik, akan membawa kita ke halaman sesawang selanjutnya/halaman web lain yang telah ditentukan.
Markup adalah hal yang dilakukan oleh tag HTML kepada teks yang ada di dalamnya. HTML menandai teks yang berada di dalamnya sebagai tip teks tertentu. Misalnya jika kita menandai sebuah teks dengan tag html <i> maka teks tersebut akan berubah menjadi italic (huruf miring). Sedangkan jika kita menandainya dengan <b> maka teks tersebut akan berubah menjadi bold (huruf tebal).
Language bererti bahasa. HTML adalah sebuah bahasa pengaturcaraan. HTML mempunyai kod dan syntax sepertimana bahasa pengaturcaraan lain.
4.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN HTML
Sebagai bahasa markup internet, HTML memiliki banyak fungsi dan kegunaan. Berberapa manfaat dari HTML di antaranya
Untuk membina halaman web. Bahasa HTML digunakan untuk membuat laman web. Semua halaman web pasti dibuat dengan menggunakan HTML.
Sebagai asas sebuah laman web. HTML adalah asas sebelum kita dapat mengimplementasikan bahasa lainnya seperti CSS (bahasa untuk merekabentuk laman web), Javascript (bahasa untuk menambah kepelbagaian perilaku laman web) dan PHP (bahasa programming server laman web).
Untuk menandai teks pada Halaman web. Misalnya, kita dapat menandai sebuah teks menjadi bergaris bawah dengan menggunakan tag html <u>.
Untuk menandai elemen/bahagian pada halaman web. Sebuah laman sesawang memiliki berberapa bahagian seperti header, navigasi, main dan footer. Kita dapat menandai setiap bahagian dengan HTML.
Untuk menampilkan informasi dalam bentuk jadual.
Untuk menambahkan objek seperti banner, menu, frame, pull down menu, imej, audio, video dan lain-lain ke dalam laman sesawang.
Untuk membina borang dan ruangan komen secara dalam talian.
VIDEO - HTML in Note PAD
RUJUKAN :