Kisah ini merupakan olah semula legenda Melayu klasik Puteri Gunung Ledang dengan sentuhan elemen futuristik. Cerita bermula dengan pengenalan Puteri yang mendiami Gunung Ledang di Johor. Walaupun bergelar seorang wanita, beliau amat mendalam minatnya terhadap penerokaan sains dan teknologi.
Pada suatu hari, Puteri telah dipinang oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Tidak berhasrat untuk berkahwin dengan Sultan, Puteri merancang pelbagai helah bagi mengelirukan rombongan Melaka agar mereka berpatah balik, sekali gus membolehkannya mengelak daripada memberi jawapan terhadap pinangan tersebut—kerana hakikatnya, tidak mudah bagi sesiapa untuk menolak lamaran seorang raja. Namun begitu, ketua rombongan tersebut ialah Laksamana Hang Tuah sendiri, pahlawan dan laksamana Melayu yang legenda pada abad ke-15. Beliau berjaya membaca helah Puteri dan memaksanya untuk bersemuka dengan Sultan.
Walaupun Sultan bukanlah calon yang buruk, Puteri tetap menolak untuk terlibat dalam perkahwinan berunsur politik. Sultan telah pun memiliki sebuah keluarga yang bahagia, dan hasrat baginda untuk memperisterikannya bukanlah berlandaskan cinta, sebaliknya lebih kepada keinginan terhadap kebolehan teknologi yang dimiliki Puteri. Tambahan pula, Puteri masih enggan menghentikan usaha pembelajaran, penyelidikan dan inovasi sains dan teknologi demi kesejahteraan masyarakat di Alam Melayu. Setajam akal dan sebijaksana muslihatnya, Puteri perlu mencari satu helah terakhir yang paling bijak untuk menolak pinangan tersebut tanpa menyinggung perasaan raja.
GURU PEMBIMBING
Ainul Adilah Mohd Ali
PESERTA 1
Nuraisyah Humaira Syawaluddin Fitri
PESERTA 2
Qisya Sufiah Yusof
PESERTA 3
Ainie Zulaikha Abu Bakar
Animasi ini masih dalam proses pembinaan semula untuk menyiapkan 'Puteri Gunung Ledang Extended Version' untuk dipertandingkan ke peringkat antarabangsa.