Selamat Datang ke Portal Animasi SK Bukit Gasing
Sejak tahun 2021, SK Bukit Gasing aktif menghasilkan animasi kreatif yang dihasilkan sepenuhnya oleh murid-murid bersama guru bimbingan. Portal ini menghimpunkan semua animasi yang telah kami hasilkan, pencapaian pertandingan, serta perjalanan kami dalam
SK Bukit Gasing mula berkecimpung dalam dunia pembikinan animasi pada tahun 2021 melalui projek sekolah dan program kreativiti digital.
Matlamat kami adalah untuk:
Membangunkan bakat murid dalam bidang animasi digital dan penceritaan visual
Mendedahkan murid kepada teknologi, reka bentuk grafik dan suntingan video
Menjadikan animasi sebagai medium pembelajaran, ekspresi kreatif, dan inovasi
Setiap animasi yang dihasilkan adalah hasil gabungan imaginasi murid, bimbingan guru, serta usaha keras dalam praproduksi, produksi dan pascaproduksi.
2021 – Penyertaan pertama dalam Digital Storytelling Animation (DSTA) dengan menggunakan aplikasi animasi mudah seperti plotagon.
2022 – Penyertaan kedua dalam Digital Storytelling Animation (DSTA) dengan menggunakan teknik 2D.
2023 – Bermula explorasi dalam pembikinan animasi stop motion dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan.
2024 – Pasukan animasi semakin matang dan mula meyertai beberapa pertandingan seperti Creative@School.
2025 – SK Bukit Gasing kini memiliki 8 animasi dengan gaya dan genre yang pelbagai termasuk animasi AI.
SK Bukit Gasing telah menyertai pelbagai pertandingan animasi peringkat daerah, negeri dan nasional. Antara pencapaian utama:
🏅 Ketiga pertandingan animasi peringkat daerah pada 2022.
🏆 Johan DSTA Peringkat Kebangsaan 2023
🥈 Naib Johan DSTA Peringkat Kebangsaan 2024
🏅 Tempat Keempat DSTA Peringkat Kebangsaan 2025
Penyertaan kami dalam Creative@School juga melahirkan animasi-animasi bercerita yang kreatif dan berimpak dengan memberi peluang kepada murid galus untuk turut serta dalam bidang animasi dan digital kreatif.
Selain penghasilan animasi, SK Bukit Gasing turut aktif menjalinkan perkongsian pintar melalui pelbagai bengkel animasi, program penanda aras serta penyertaan reruai pameran. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang belajar secara langsung daripada pakar industri, bertukar idea dengan sekolah lain, dan mempamerkan hasil kreativiti mereka kepada masyarakat.”
“Penglibatan dalam bengkel dan program perkongsian ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran teknikal murid, malah membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih luas dalam dunia animasi pendidikan.
Sejak 2021, pasukan animasi SK Bukit Gasing telah menghasilkan pelbagai karya kreatif yang memaparkan imaginasi, bakat serta perkembangan kemahiran murid dari tahun ke tahun. Berikut ialah himpunan lapan animasi utama kami, yang merangkumi pelbagai genre, gaya penceritaan dan mesej pendidikan.
Animasi pertama SK Bukit Gasing
Johan Animasi Pendidikan Islam Peringkat Daerah
Johan DSTA peringkat kebangsaan 2023
Naib Johan DSTA peringkat kebangsaan kategori stopmotion
Ke-4 kebangsaan DSTA 2025 kategori AI
Trailer
Kami berharap agar program animasi di SK Bukit Gasing terus berkembang sebagai platform untuk:
Mengasah bakat baru dalam dunia kreatif
Mengajar kemahiran digital seiring perkembangan teknologi
Memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berfikiran inovatif dan berani mencuba