Adakah anda berminat untuk mengenali sejarah dengan lebih mendalam? Ini adalah tempat yang sesuai! Melalui website ini, anda akan dapat belajar mengenali sejarah melalui kaedah kaedah yang sangat menarik dan seronok. Ayuh kita mulakan!
Laman web ini dibina untuk membantu guru-guru agar dapat mengajar Sejarah dengan lebih seronok dan mudah kepada murid-murid Tahun 4.
Ia juga bertujuan untuk menjadikan mereka lebih faham dan suka belajar sejarah tentang apa yang berlaku di masa lalu!
Setelah melayari website ini, murid dapat:
1. Memahami dan menyatakan apa itu maksud sejarah dengan perkataan mereka sendiri, bukan sekadar menghafal. Mereka akan tahu bahawa sejarah adalah kisah masa lalu.
2. Menghargai kepentingan mempelajari sejarah, dan bagaimana ia berkaitan dengan kehidupan mereka, keluarga, dan masyarakat.
3. Merasakan pembelajaran sejarah adalah sesuatu yang menarik dan tidak membosankan.