FUNGSI

Terdapat empat bidang fungsi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, yang mengandungi lapan perkara utama diamanahkan untuk memastikan kualiti sumber dan teknologi pendidikan terjamin untuk generasi akan datang, yang merangkumi pelaksanaan dasar dan kualiti sumber dan teknologi pendidikan; pengintegrasian teknologi pendidikan yang melibatkan galak guna teknologi baharu, pengurusan pusat sumber sekolah dan program galakan membaca; pembangunan bahan pembelajaran dalam pelbagai media dan pelantar pembelajaran digital.