PROGRAM AI-IOT ROBOTICS CHALLENGE (AIROC) TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
PROGRAM AI-IOT ROBOTICS CHALLENGE (AIROC) TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Program AI-IoT Robotics Challenge (AIROC) Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan.
Tema AIROC 2026 ialah “Synapse City ” memfokuskan kepada elemen Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan kejuruteraan robotik. Program ini bertujuan memupuk kreativiti murid dalam membina penyelesaian berasaskan teknologi hijau menggunakan kit robot inovatif Leanbot dalam usaha melahirkan murid fasih digital selari dengan matlamat Dasar Pendidikan Digital.
Pertandingan bermula pada bulan Mac hingga September 2026. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah KPM secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (2) orang murid bagi kategori sekolah rendah dan tiga (3) orang murid bagi kategori sekolah menengah serta seorang guru pembimbing. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Mac 2026 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://bit.ly/AIROC2026taklimat
PROGRAM MY ROBOTIC CHALLENGE (MYRC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
MY ROBOTIC CHALLENGE’ (MYRC) 2026
Program ini berperanan sebagai platform pembangunan bakat dan kompetensi murid dalam bidang robotik, pengekodan dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI), di samping meningkatkan keupayaan serta profesionalisme guru dalam mengintegrasikan teknologi digital secara bermakna dalam PdP. Selaras dengan teras RPM 2026–2035 yang menekankan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, pemikiran komputasional, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah kompleks, MYRC 2026 menjadi wahana untuk melahirkan generasi celik digital yang berdaya saing di peringkat global.
Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Pautan : https://www.youtube.com/live/10TOmE3KldI
PROGRAM AI READY ASEAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
17 MAC - 27 OGOS 2026
AI READY ASEAN
Panggilan buat semua Pengetua, Guru, Pelajar, dan seluruh warga sekolah di serata Malaysia! Hari ini adalah harinya!
Jangan biarkan sekolah kita tertinggal dalam revolusi teknologi terbesar tahun ini. AI Ready ASEAN Hackathon 2026 kini bermula dan kami mencari sang juara!
HADIR ATAU KETINGGALAN?
📅 Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa / HARI INI!)
⏰ Masa: 2.00 - 4.00 Petang
📍 Tempat: Live Streaming (YouTube)
Klik & Set Reminder Sekarang! 🔗 https://www.youtube.com/live/e-x32jVJlD0
PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
6 APRIL - 17 JUN 2026
DIGITAL STORYTELLING ANIMATION
Suka bercerita? Minat buat animasi? Jom sertai Digital Storytelling Animation. Dalam program ini, anda berpeluang mencipta kisah hebat yang menggabungkan kemahiran melukis, bercerita dan teknologi digital!
Gunakan kreativiti dan imaginasi anda untuk hasilkan animasi digital yang unik dan penuh inspirasi. Sertai sekarang dan tunjukkan bakat kamu kepada seluruh negara!
SESI TAKLIMAT CABARAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 9 April 2026 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://bit.ly/dsta2026taklimat (LIVE STREAMING)
(saluran Youtube: @SSTPKEDAH)
PERTANDINGAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
01 APRIL - 01 MEI 2026
MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE
Minecraft Education Challenge ialah pertandingan pembelajaran digital yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan kesedaran global, terbuka kepada tiga kategori utama: Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pendidikan Khas.Peserta dikehendaki membina struktur inovatif dalam dunia Minecraft kreatif dan lestari. Murid dapat menerapkan kemahiran reka bentuk, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah berpandukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)
inilah peluang untuk menjadikan dunia lebih selamat, satu blok pada satu masa!
Tarikh : 1 April 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://aka.ms/MEC2026-Taklimat (live streaming)
PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan atau National !CT Security Discourse (NICTSeD) 2026 -Piala Cabaran CyberSAFE®. NICTSeD adalah salah satu aktiviti dalam Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang juga di bawah payung CyberSAFE® in Schools. Program ini berkonsepkan cabaran berwacana secara ilmiah berkaitan isu-isu keselamatan digital dan ICT dalam kalangan murid yang akan dikendalikan dalam Bahasa lnggeris.
NICTSeD 2026 terbuka kepada semua murid sekolah KPM (warganegara) tingkatan 1 hingga 4 secara berpasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid serta seorang (1) guru pembimbing dan hanya satu (1) pasukan sahaja bagi setiap sekolah.
Tarikh: 6 April 2026 (lsnin)
Masa: 2.30 petang
Siaran Langsung:www.youtube.com/watch?v=FXQggiI7Ho0
PERTANDINGAN WALNUT EDUTECH CHAMPIONSHIP 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh sesi taklimat : 07.04.2026 (Selasa)
Waktu: 2.30 - 4.30 petang
Live streaming link: https://youtube.com/live/29w7qSBuZnU
(Saluran YouTube SSTP JPN PERLIS)
7 APRIL - 23 SEPTEMBER 2026
WALNUT EDUTECH CHAMPIONSHIP 2026
Walnut Edutech Championship merupakan satu pertandingan bersepadu yang bertujuan memupuk minat serta bakat murid sekolah rendah dan menengah dalam bidang teknologi dan inovasi. Pertandingan ini akan dianjurkan buat kali kedua pada tahun 2026 dan dijangka berkembang daripada peringkat negeri atau wilayah ke peringkat kebangsaan pada tahun 2026, seterusnya ke peringkat antarabangsa pada tahun 2027. Selain itu, murid yang telah menyertai pertandingan pada tahun 2025 dan memenuhi kriteria kelayakan berpeluang untuk disenarai pendek bagi menyertai pertandingan antarabangsa yang dijadualkan pada tahun 2026. Platform Walnut mengaplikasikan pendekatan pembelajaran interaktif dengan menggabungkan elemen gamifikasi, animasi dan pengalaman pembelajaran secara hands-on, sekali gus membantu murid memahami konsep teknologi dan pengaturcaraan dengan lebih berkesan.
PERTANDINGAN MY CYBER HERO 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
13 APRIL - 22 APRIL 2026
MY CYBER HERO
Adakah anda bersedia menjadi wira di alam siber?
My Cyber Hero akan memberi pendedahan kepada murid untuk jadi lebih bijak, berani dan bertanggungjawab semasa melayari dunia digital. Dalam program ini, anda akan belajar cara melindungi diri daripada bahaya siber seperti buli dalam talian, penipuan, dan pencerobohan privasi — sambil menyertai aktiviti yang seronok dan kreatif!
Jadilah wira siber yang sebenar – bantu rakan, sebarkan kebaikan, dan jadikan internet tempat yang selamat untuk semua.
SESI TAKLIMAT MY CYBER HERO TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 13 April 2026 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
PERTANDINGAN NATIONAL AI CHALLENGE 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
8 APRIL - 17 JULAI 2026
Adakah anda juara inovasi AI seterusnya? Panggilan buat semua pelajar Darjah 5 hingga Tingkatan 5 di seluruh Malaysia untuk menyertai National AI Challenge 2026 anjuran Penang Science Cluster. Bentuk pasukan seramai 2 orang dan sahut cabaran menyelesaikan isu komuniti berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) melalui dua pilihan trek epik: membina model Machine Learning (Trek 1) atau mencipta aplikasi mudah alih pintar berkuasa AI menggunakan MIT App Inventor (Trek 2).
Hantar idea projek anda untuk mencipta impak positif kepada masyarakat dan bergelar perintis teknologi masa depan!
Tarikh taklimat : 8 APRIL 2026 (RABU)
Masa : 2.30 Petang
Pautan : http://www.pscpen.com/Taklimat-NAIC-SSTP (live streaming)
PERTANDINGAN CABARAN PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
15 APRIL - 22 MEI 2026
Pernahkah anda terbayang bagaimana teknologi mampu menambah baik pembelajaran sekolah dan cara kita menjalani kehidupan?
Dalam cabaran kali ini, para peserta dikehendaki untuk membina sebuah aplikasi Android inovatif. Aplikasi yang dibina perlu menjurus kepada tema "Smart School, Empowered Life " Bangunkan idea yang boleh menjadi solusi menarik untuk memudahkan cara belajar anda, menjadikan pendidikan lebih efektif, menambah baik sistem bilik darjah dan sekolah, menyokong kelestarian alam sekitar sekolah, atau menyelesaikan apa jua masalah isu pembelajaran di sekolah agar lebih interaktif.
SESI TAKLIMAT CABARAN PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://bit.ly/ANDROID2026 (live streaming)
PERTANDINGAN ENGINEERING DESIGN AND 3D PRINTING 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
16 APRIL - 17 SEPT 2026
Pernah terfikir bagaimana sesuatu idea boleh diubah menjadi objek sebenar?
Dalam program Engineering Design anjuran Penang Science Cluster, anda berpeluang meneroka dunia kejuruteraan dan reka bentuk dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif!
Anda akan belajar mereka bentuk model 3D menggunakan perisian khas, dan mencetak hasil ciptaan kamu menggunakan pencetak 3D sebenar.Program ini adalah langkah pertama untuk kamu jadi pencipta hebat masa hadapan!
SESI TAKLIMAT ENGINEERING DESIGN TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://pscpen.com/TAKLIMAT-EDC-SSTP (live streaming)
PERTANDINGAN CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
JOM JADI WIRA SIBER!
Korang dah sedia ke nak hadapi Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) 2026? Jangan risau, jom kita "warm up" dulu dekat bengkel persediaan minggu ni!
✅ Tips & Trik Keselamatan Siber
✅ Persediaan Teknikal CAKNA 2026
✅ Live di YouTube SSTP JPN Selangor
📌 SAVE THE DATE:
📅 14 Mei 2026
🕒 3.00 Petang
Klik link di bawah untuk info penuh dan pautan sesi:
PERTANDINGAN DRONE EDUCHALLENGE IR4.0 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
13 MEI 2026 - 6 JUN 2026
Sudah bersedia untuk jadi pengendali teknologi masa hadapan? Drone EduChallenge IR4.0 menanti anda yang ingin mencabar minda dalam dunia pengaturcaraan dan inovasi digital! Dalam pertandingan ini, murid akan membina kemahiran mengawal dron melalui kod, menyelesaikan misi sebenar dengan strategi bijak, dan meneroka teknologi termaju Revolusi Industri 4.0. Pelajari cara mengatur pergerakan dron menggunakan logik dan kreativiti — gabungan teknologi digital, cabaran, dan keseronokan dalam satu pengalaman hebat. Kuasa kawalan ada di tangan anda — programkan laluan, kuasai cabaran, dan jadilah juara Drone EduChallenge IR4.0!
SESI TAKLIMAT DRONE EDU CHALLENGE IR4.0 TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=fqjItGJyw78
live streaming)saluran Youtube : @officialjpnjohor
PERTANDINGAN "HUMONOID CODING CHALLENGE" 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
16 JUN 2026 - 22 JUN 2026
Program Humanoid Coding Challenge (HCC) 2026 di Malaysia merupakan sebahagian daripada inisiatif My Robotics Challenge (MYRC) 2026 yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Pertandingan robotik dan pengekodan humanoid pada tahun 2026 direka untuk membangunkan bakat murid dalam bidang robotik, kecerdasan buatan (AI), dan pengekodan selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) KPM. Melibatkan sekolah rendah dan menengah.
PERTANDINGAN CANVA CREATIVE DESIGN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Step into the future with the “Future Cities: Imagine, Invent and Innovate with Canva” Challenge!
This exciting design competition invites students aged 7–17 to unleash their creativity and reimagine tomorrow’s world by building smart, green, and futuristic cities using Canva! From eco-skyscrapers to AI-powered transport, this is your chance to become a young urban innovator. Teachers, guide your students in shaping the future cities while sharpening digital skills, sustainability awareness, and teamwork. The most imaginative creations will shine on the national stage.
are you ready to design the future?