PERSONAL LEARNING NETWORK
PLN / PLE
PERSONAL LEARNING NETWORK / Rangkaian Pembelajaran Peribadi (PLN) adalah sejenis jaringan pembelajaran yang tidak formal yang terdiri daripada orang ramai yang melakukan hubungan interaksi dengan pelajar dan memperoleh ilmu pengetahuan daripada persekitaran pembelajaran peribadi / PERSONAL LEARNING ENVIRONMENT (PLE) yang termasuk pihak komuniti , rakan , guru dan persekitaran terdekat lain .
CONTOH & HASIL PLN / PLE
Mentimeter adalah satu medium interaktif yang digunakan untuk membuat penilaian formatif, berbincang, menguji pengetahuan khususnya pelajar dengan mengadakan pertandingan kuiz yang menyeronokkan .
Mentimeter sangat sesuai dalam menerapkan elemen 'engaging' disebabkan keupayaan alat ini untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bilik darjah sekali gus mendengarkan semua suara dan pendapat di atas platform yang sama .
Instagram ialah aplikasi perkongsian foto dan video secara percuma yang tersedia bagi kedua-dua sama ada iPhone atau Android dan berkongsinya dengan pengikut atau "followers" mereka .
Mereka juga boleh memilih untuk menjadi pengguna aktif dengan memuat naik gambar dan video , mencari & mendapatkan maklumat terkini dengan membuat "poll / quiz" ataupun dengan hanya menjadi pengguna pasif seperti melihat , mengulas , atau menyukai (like) muatan / posting orang lain .
Padlet ialah tempat di mana anda boleh mencipta satu atau lebih platform atau tapak yang mampu menempatkan semua siaran (post) yang anda ingin kongsi . Post tersebut termasuklah dalam bentuk gambar, video, dokumen, audio dan lain-lain lagi .
Ia bersifat kreatif, interaktif dan kolaboratif yang berupaya untuk membolehkan penglibatan pelajar, guru dan juga ibu bapa serta penjaga .
Whatsapp ialah satu platform yang majoriti penduduk di seluruh dunia menggunakannya bagi pelbagai tujuan khususnya sebagai perantara sosial dan pembelajaran .
Aplikasi ini membolehkan pengguna sama ada secara individu atau berkumpulan untuk berinteraksi denagn menghantar dan membalas mesej , meluaskan lagi jaringan sosial iaitu dengan mengirim gambar , video , audio , dokumen dan lain-lain bahan bagi pelbagai tujuan harian dan khususnya bagi tujuan meluaskan ilmu pengetahuan selaras dengan tujuan PLN /PLE .
KELEBIHAN PLN / PLE
Mewujudkan pembelajaran bermakna
Mengakses ilmu pengetahuan tanpa sempadan
Meluaskan jaringan kolaboratif antara lokal mahupun global
Memperkasakan peranan pelajar dan guru dalam era digital ini
Membolehkan individu untuk menyesuaikan pembelajaran (personalized learning)