Kursus ini berfokus kepada pengenalan pembelajaran digital, peranan pelajar era digital, peranan guru era digital, teknologi dan sumber digital untuk aktiviti pembelajaran bermakna, pemanfaatan pengurusan pembelajaran dalam talian, pemanfaatan teknologi digital dalam talian, konsep pemikiran komputasional dan kewarganegaraan digital. Pelajar juga akan memperolehi pengetahuan mengenai konsep pembelajaran dan pemanfaatan digital secara bermakna berdasarkan alat serta sumber digital terkini menggunakan pendekatan penyelesaian masalah untuk pengajaran dan pembelajaran .