Repositori Digital Biji Koko Malaysia yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) ialah pusat penyimpanan digital bagi informasi berkaitan biji koko di Malaysia. Informasi ini termasuklah seperti lokasi ladang koko, profil petani, profil sensori biji koko petani dan pencapaian-pencapaian lain yang berkaitan.
Malaysia kekal sebagai salah satu negara pemproses biji koko terbesar di dunia yang mengeksport produk koko seperti serbuk koko, mentega koko, koko likur (cocoa liquor) dan coklat siap proses.
Biji koko Malaysia memiliki beberapa keunikan tersendiri yang membezakannya daripada biji koko negara lain, baik dari segi kualiti, pemprosesan, dan citarasa. Biji koko Malaysia dikenali mempunyai profil rasa yang kaya, aroma, dan manis buah semula jadi (fruity). Sesetengah pengusaha tempatan menghasilkan coklat single-origin menggunakan biji koko tempatan untuk mengekalkan keunikan rasa asal Malaysia. Biji koko Malaysia juga sesuai untuk penghasilan coklat artisan atau gourmet.
PENCIRIAN RASA BIJI KOKO MALAYSIA