Program PAL ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik di kolej matrikulasi khususnya bagi subjek-subjek teras iaitu Matematik, Fizik, Kimia, Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal.
APAKAH ITU PAL?
INFORMAL LEARNING SESSION
PAL adalah program pembelajaran tidak formal yang dikendalikan oleh pelajar untuk pelajar. Sesi PAL dikendalikan oleh PAL leaders yang membimbing rakan-rakan secara sukarela. PAL leaders membantu pelajar lain menguasai isi kandungan mata pelajaran dalam suasana yang santai, aktif dan menyeronokkan. Pensyarah bertindak sebagai pembimbing kepada PAL leaders. Sasaran program adalah untuk semua pelajar. Penglibatan pelajar dalam program ini adalah secara sukarela.