PAL Matrikulasi yang disesuaikan dari Peer Assisted Study Sessions (PASS) yang diasaskan dari Model Supplemental Instruction (SI) yang diperkenalkan di University of Missouri Kansas City di Amerika Syarikat pada awal tahun 1973. Ia merupakan program sokongan akademik di mana pelajar membantu pelajar lain untuk meningkatkan prestasi akademik. PAL dikendalikan oleh pelajar sebagai fasilitator (PAL Leaders) dan dilaksanakan secara sukarela. Sesi PAL yang disertai oleh sekumpulan pelajar berlangsung dalam suasana yang santai, aktif dan menyeronokkan.
PAL bukan program pemulihan untuk pelajar lemah. Sasaran program adalah penguasaan semua pelajar terhadap isi kandungan pelajaran yang mencabar dan sukar difahami.
Sehingga kini lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia melaksanakan program ini. Di sesetengah universiti luar negara, PAL menjadi program sokongan yang diintegrasikan ke dalam kurikulum tahun satu bertujuan membantu pelajar baru untuk membuat penyesuaian. Kajian-kajian menunjukkan penyertaan pelajar dalam program ini bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik malah turut menjadikan pelajar lebih kompeten dalam pembelajaran mereka.
Program ini telah diperkenalkan di kolej-kolej Matrikulasi KPM pada tahun 2013 bertujuan membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademikselain memantapkan kemahiran insaniah mereka bagi menjadikan mereka pelajar yang lebih kompeten.
JUSTIFIKASI
Program ini dilaksanakan bagi menangani isu;
Pelajar kurang mengamalkan pembelajaran kendiri dan kemahiran belajar secara berkumpulan.
Pelajar kurang berdaya saing, keyakinan diri dan kemahiran insaniah.