1 Oktober 2024 | Selasa
Kolej Komuniti Sungai Siput telah berjaya mendapat pengiktirafan GreenPass Operation dalam kedudukan Diamond 1 SEDA Malaysia Sustainable Energy Low Carbon Building Assessment 2023 di peringkat PolyCC pertama di Negeri Perak.
Kejayaan itu diperoleh apabila KKSS berjaya merekodkan penjimatan tahunan sebanyak 7569.0 kWh atau 5.25 tan karbon dioksida pada tahun 2023. KKSS juga dalam usaha menyokong sasaran kerajaan untuk pengurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus karbon dioksida menjelang 2030 serta ke arah pengiktirafan University GreenMetric 2024.
27 Oktober 2024 | Sabtu
Kolej Komuniti Sungai Siput telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik & Elektronik (E-Waste) dalam kedudukan Kelima di peringkat Negeri Perak.
12 Disember 2024 | Khamis
Syabas dan Tahniah diucapkan KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT yang berjaya berada di Tempat 1140 dalam UI GreenMetric World University Rankings 2024, edisi ke-15 yang disertai oleh 1,477 institusi dari 95 negara bagi kali pertama penyertaan ini.
Semoga dengan pencapaian KKSS dalam penarafan ini mencerminkan usaha gigih dalam memperkukuhkan peranan PolyCC dalam universiti pembangunan lestari sejagat dan Tahniah!!!