Politeknik Seberang Perai
2 Februari 2024 – Seramai empat (4) pegawai daripada Kolej Komuniti Sungai Siput (KKSS) terlibat dalam Lawatan Penandaarasan Jawatankuasa Penjimatan Tenaga dan Teknologi Hijau, KKSS berkaitan Smartgreen dan UI Greenmetric di Politeknik Seberang Perai (PSP). Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar berkaitan cara-cara dan kriteria yang diperlukan untuk menyertai UI Greenmetric 2024. Taklimat berkaitan UI Greenmetric disampaikan oleh Puan Rosila binti Adnan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu KKSS menyertai UI Greenmetric pada tahun ini.
19 Februari 2024
Timbalan Pengarah (Akademik) dan pensyarah-pensyarah dari Kolej Komuniti Sungai Siput yang sudi membuat Lawatan Penanda Aras "University Greenmetric" ke Kolej Komuniti Padang Terap. Lawatan ini dapat kami kongsikan amalan kampus hijau dan kelestarian alam sekitar.
8 Mei 2024
Lawatan Penandaarasan Smartgreen KKSS ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor atas kejayaan PSIS dalam pengiktirafan UI GreenMetric 2023.
21 Mei 2024 - Lawatan Ilmiah pelajar dan pensyarah KKSS ke Bangunan Berlian Putrajaya (Suruhanjaya Tenaga) sempena Program Smartgreen KKSS. Semoga memberikan manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah.
Aktiviti membuat Kompos Daun Kering Dalam Tong Atau Longgokan
24 Julai 2024. – Aktiviti Membuat Kompos Daun Kering Berikut adalah cara-cara membuat Kompos Daun Kering Dalam Tong Atau Longgokan:-
1. Tambah daun ke dalam tong kompos, atau timbunkannya di sudut halaman anda.
2. Lapiskan daun dengan bahan kaya nitrogen, seperti tepung biji kapas, keratan rumput segar, sisa makanan atau baja.
3. Bina longgokan sehingga tiga kaki tinggi dan lebar.
4. Balikkan kompos sebulan sekali.
Aktiviti Kitar semula barang plastic Dan besi
1hb Ogos 2024 – Kitar semula plastik dan logam melibatkan pengumpulan dan pemprosesan bahan ini untuk mencipta produk baharu, mengurangkan keperluan untuk sumber mentah. Amalan ini membantu menjimatkan tenaga, mengurangkan pencemaran dan meminimumkan sisa tapak pelupusan. Dengan mengitar semula, plastik dijauhkan daripada persekitaran, dan logam digunakan semula dengan cekap, menyumbang kepada sistem yang lebih mampan dan mesra alam.
Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Perak bersama SRT Teck Realistic Sdn Bhd
5hb September 2024. – Penyertaan KKSS dalam Program Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-waste) Kategori IPTA di Negeri Perak.
Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Perak bersama SRT Teck Realistic Sdn Bhd
27hb Oktober 2024. – Kolej Komuniti Sungai Siput telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik & Elektronik (E-Waste) dalam kedudukan Kelima di peringkat Negeri Perak.