Dalam era digital dan Revolusi Industri 4.0, keperluan terhadap tenaga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing semakin penting. Pendidikan tradisional sepenuh masa tidak lagi mencukupi, justeru pembelajaran fleksibel dan kursus micro-credential menjadi pendekatan utama untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia dan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (2026–2035) untuk melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi.

Seiring dengan itu, Kolej Komuniti Jasin akan menganjurkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) sebagai platform penyelidikan dan perkongsian ilmu. Seminar SPSH 2026 kali ke-10 peringkat Kebangsaan ini bertujuan menilai keberkesanan, cabaran dan peluang dalam memperluas akses pendidikan melalui pembelajaran fleksibel dan micro-credential.

Penganjuran seminar ini selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dalam membentuk modal insan berkualiti. Melalui pendekatan ini, individu dapat meningkatkan kemahiran melalui reskilling, upskilling dan retooling bagi memenuhi keperluan pasaran kerja yang sentiasa berubah.