Tentang Kami:
Kolej Komuniti merupakan salah satu institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Kolej komuniti menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Negeri Pahang mempunyai 10 buah kolej komuniti dan salah satunya adalah Kolej Komuniti Raub.
Kolej Komuniti Raub mula beroperasi pada Januari 2009 yang dikenali sebagai Kolej Komuniti Cawangan Raub di bawah pentadbiran Kolej Komuniti Bentong telah memulakan operasinya di Simpang Kallang, Raub, Pahang. Kolej Komuniti Cawangan Raub telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan kemahiran masyarakat di sekitar daerah Raub. Pada bulan Oktober 2012, Kolej Komuniti Cawangan Raub telah menjadi kolej induk dan namanya ditukarkan kepada Kolej Komuniti Raub.
Tambahan lagi, Kolej Komuniti Raub menawarkan kursus Sijil Fesyen dan Pakaian serta Sijil Khas Jahitan Kreatif kepada para pelajar yang berminat tidak mengira umur namun perlu mengikut syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Pelajar turut diberi pendedahan berkaitan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah bagi melengkapkan diri sebelum menghadapi dunia pekerjaan, keusahawanan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, Kolej Komuniti Raub juga menawarkan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat setempat seperti jahitan, masakan, keusahawanan, teknologi maklumat dan kerohanian.