ELAUN BKPKK RM 7200- (RM2400/Semester) DIBERIKAN BAGI YANG LAYAK
*Syarat untuk melayakkan pelajar mendapat BKPKK adalah pendapatan keluarga mestilah RM 5249 kebawah sahaja.
Bantuan ini boleh dimohon mengikut negeri kelahiran masing-masing. Pelajar boleh terus ke pejabat yayasan negeri masing-masing selepas selesai mendaftar di kolej untuk memohon. Keperluan yang perlu dibawa adalah salinan surat tawaran dan Resit asal pembayaran Yuran pengajian.
Bagi pelajar kelahiran Pahang, boleh terus ke Yayasan Negeri Pahang. Bantuan RM 500 akan diberikan terus kepada pelajar selepas permohonan dibuat.
Kolej Komuniti Raub tidak menyediakan asrama. Namun pihak kolej sentiasa bersedia membantu pelajar menguruskan rumah sewa / bilik sewa berdekatan kolej di Raub dengan harga yang mampu sewa. Pelajar boleh berjalan kaki ke kolej dari bilik sewa.