PENGENALAN | INTRODUCTION
PENGENALAN | INTRODUCTION
Alam Bina ditakrifan sebagai "ruang buatan manusia di mana orang tinggal, bekerja dan mencipta semula setiap hari". Bidang alam bina adalah paling relevan dalam bidang seni bina,
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politenik dan Kolej Komuniti Masjid Tanah mengambil langkah untuk menganjurkan satu program berkenaan projek yang dihasilkan dalam bidang Alam Bina. Program ini bakal menghimpunkan pelbagai pemain utama industri dalam bidang Alam Bina, pihak industri, masyarakat awam, pensyarah dan pelajar dimana semua pihak berpeluang berinteraksi tanpa prejudis melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan berkaitan projek dalam bidang Alam Bina.
Cadangan penganjuran program berskala besar ini disamping menggiatkan kolaborasi pemegang taruh (stake holder) dan kolej komuniti secara umumnya, diyakini berupaya memantau integrasi pengetahuan ilmiah dengan kemahiran insaniah para pelajar bagi memenuhi kehendak pasaran kerja yang semakin selektif dan mencabar.
The Built Environment is defined as "a human-made space where people live, work, and recreate every day." The field of the built environment is most relevant within the discipline of architecture.
The Curriculum Division, Department of Polytechnic and Community College Education, Masjid Tanah, is taking the initiative to organize a program showcasing projects developed within the field of the Built Environment. This program aims to bring together various key industry players, community members, lecturers, and students—where all parties will have the opportunity to interact openly through a variety of activities related to built environment projects.
This large-scale program, while promoting collaboration between stakeholders and community colleges in general, is believed to have the potential to foster the integration of academic knowledge with students’ soft skills to meet the demands of an increasingly selective and challenging job market.
OBJEKTIF | OBJECTIVE
Untuk mencapai KPI Kolej Komuniti dibawah strategi peningkatan program TVET berimpak dimana pensyarah dan pelajar berpeluang mempamerkan daya cipta dalam penyelidikan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan (niche areas)
Memperkasakan projek dalam bidang Alam Bina dalam program pengajian sijil kolej komuniti dibawah bidang Kejuruteraan Awam & Alam Bina dan sebagai sebuah pusat pengajaran, inovasi dan penyedia Latihan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Alam Bina.
Memberi nilai tambah, pendedahan berkaitan isu-isu dan teknologi erkini dalam industri pembinaan di Malaysia dan sekaligus dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan program pengajian kolej komuniti dibawah bidang Kejuruteraan Awam dan Alam Bina.
Memberi pendedahan kepada pelajar menyertai dan menganjurkan program berskala besar sejajar dengan Lonjakan 4 PPPM-PT untuk menghasilkan graduan TVET yang berkualiti
To achieve the Key Performance Indicators (KPIs) of Community Colleges under the strategy to enhance impactful TVET programmes, lecturers and students are given opportunities to showcase creativity in research and innovation within teaching and learning.
To develop academic programmes and research in niche areas.
To empower projects in the Built Environment field within Community College certificate programmes under the Civil Engineering and Built Environment cluster, and to position the college as a centre for teaching, innovation, and training in Civil Engineering and the Built Environment.
To add value and provide exposure to current issues and the latest technologies in the Malaysian construction industry, thereby enhancing the employability of graduates from Community College programmes in Civil Engineering and the Built Environment.
To provide students with exposure in participating and organising large-scale programmes, aligned with Shift 4 of the Malaysia Education Blueprint (Higher Education) to produce quality TVET graduates.