Hari Pertandingan Inovasi 27 - 29 Julai 2026
A. Teknologi Maklumat & Sains Gunaan
(Satu Kumpulan: Maksimum 3 orang)
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Teknikal berkaitan Teknologi Maklumat / Sains Komputer,Matematik,Teknologi Hijau,Teknologi Makanan dan bidang berkaitan.
B. Teknologi & Kejuruteraan
(Satu Kumpulan: Maksimum 3 orang)
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan teknikal berkaitan Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Awam, Kimia, Senibina dan bidang berkaitan.
C. Perdagangan, Hospitaliti, Seni & Reka Bentuk
(Satu Kumpulan: Maksimum 3 orang)
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan teknikal berkaitan bidang perdagangan, hospitaliti, Rekabentuk, Lanskap, pengajian am dan bidang berkaitan.
D.Teknologi Logistik & Pengangkutan
(Satu Kumpulan: Maksimum 3 orang)
Merangkumi inovasi berkaitan sistem logistik, rantaian bekalan dan pengangkutan termasuk pengurusan penghantaran, penjejakan, automasi serta teknologi pengangkutan pintar dan bidang berkaitan.
E. Sains Sosial, Pentadbiran & Pengurusan dan Umum
(Satu Kumpulan: Maksimum 3 orang)
Merangkumi inovasi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti dan menambahbaik proses kerja di jabatan. Kategori ini juga turut dibuka kepada peserta selain tenaga pengajar di institusi seperti kakitangan pentadbiran.
F. Pelajar
(1 Penyelia, 3 Pelajar maksimum)
Terbuka kepada penyertaan pelajar dalam menghasilkan inovasi pelbagai bidang yang menekankan kreativiti, kebolehlaksanaan serta potensi kegunaan.