PENGENALAN
Hari Pertandingan Inovasi 27 - 29 Julai 2026
PENGENALAN
Pertandingan Inovasi TVET 2026 (PERISA ’26) merupakan platform inovasi peringkat kebangsaan yang bertujuan menggalakkan penghasilan idea kreatif dan penyelesaian berimpak tinggi dalam pelbagai bidang TVET. Selaras dengan tema “Agentic AI in Innovation”, pertandingan ini memberi penekanan kepada penerokaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu utama inovasi masa hadapan.
PERISA ’26 terbuka kepada penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk individu, pelajar, penyelidik serta warga institusi pendidikan. Platform ini menyediakan ruang untuk peserta menonjolkan kreativiti, kemahiran teknikal dan keupayaan menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui pendekatan inovatif dan teknologi digital.
Melalui penyertaan dalam pertandingan ini, peserta berpeluang untuk:
Mengembangkan idea inovasi kepada produk atau penyelesaian yang praktikal
Meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi, penyelidikan dan pembangunan
Membina jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan, industri dan komuniti
Mengetengahkan hasil inovasi ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk kebangsaan dan antarabangsa
PERISA ’26 bukan sahaja memupuk budaya inovasi dan penyelidikan, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekosistem inovasi yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing selaras dengan keperluan transformasi digital negara.
Objektif
1. Menyediakan platform khusus untuk mempertandingkan hasil inovasi dan penyelidikan dalam bidang teknik dan vokasional, termasuk inovasi berasaskan teknologi digital dan kecerdasan buatan.
2. Memupuk daya kreatif, inovatif serta pemikiran kritis dalam kalangan peserta daripada pelbagai latar belakang bagi menghasilkan penyelesaian yang relevan dengan keperluan industri dan masyarakat.
3. Mengenal pasti inovasi berpotensi tinggi di peringkat kebangsaan untuk diketengahkan ke pertandingan dan pameran inovasi di peringkat antarabangsa.
4. Mencungkil dan mengembangkan bakat peserta dalam bidang reka cipta, penyelidikan dan inovasi bagi menghasilkan idea yang bernas, berimpak serta boleh diguna pakai.