Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK), Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang bertindak sebagai peneraju dalam membangunkan ekosistem inovasi, melaksanakan aktiviti penyelidikan, dan melindungi harta intelek, khususnya bagi projek-projek inovasi yang berpotensi untuk dimanfaatkan. Di samping itu, UPIK turut bertanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan platform bagi persidangan serta pertandingan yang melibatkan penyelidikan dan produk inovasi, menyebarluaskan penemuan penyelidikan, serta berkongsi ilmu berkaitan pengurusan penyelidikan dan teknologi terkini.
Objektif
Carta Organisasi UPIK