International Business and Innovation Pitching Competition (BIPC) 2026 kembali dengan tema:
✨ “Mencetus Inovasi, Memacu Keusahawanan”
BIPC 2026 membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar KKKL & KKKLCS untuk mengetengahkan idea kreatif, produk inovasi serta potensi perniagaan melalui tiga komponen utama:
🟠 BIPC – Business Pitching Competition
🔵 INNOCOMP – Pertandingan Inovasi
🟢 SMARTGREEN – Pertandingan Produk Inovasi Lestari
📅 Tarikh Program
27 Ogos 2026 – Virtual Bootcamp
22 September 2026 – Hari Pertandingan
📌 Tarikh Penting
28 Ogos 2026 – Tarikh tutup penyertaan
15 September 2026 – Penghantaran Laporan Teknikal & Video Pitching
18 September 2026 - Pengumuman 38 kumpulan yang akan menyertai Showcase Inovasi
21 September 2026 – Persiapan Ruang Pameran & Selesai cetakan Poster A3 (cetakan oleh peserta)
22 September 2026 – Showcase Inovasi & Sesi Penjurian
📍 Tempat: Kolej Komuniti Kuala Langat
🏆 Hadiah wang tunai, piala dan medal menanti para pemenang.
Semua kumpulan yang terpilih dalam Showcase Inovasi akan menerima e-sijil pencapaian Gold, Silver atau Bronze.
Jangan lepaskan peluang untuk mempamerkan idea, meningkatkan kemahiran pitching dan membawa inovasi anda ke tahap yang lebih tinggi!
Inovasi Umum merujuk kepada idea, produk, perkhidmatan atau proses yang memberi penyelesaian kepada masalah pengguna tanpa bergantung pada pembangunan teknikal yang kompleks. Fokusnya lebih kepada kreativiti, kemudahan penggunaan, penambahbaikan proses, pengurusan, pendidikan, keusahawanan atau kelestarian.
Contoh:
Kit pembelajaran
Modul latihan
Produk kitar semula
Kaedah pengurusan baharu
Model perniagaan
Produk makanan atau kraftangan inovatif
Sistem kerja atau perkhidmatan yang ditambah baik
Inovasi Teknikal merujuk kepada produk, sistem atau proses yang melibatkan reka bentuk teknikal, teknologi, kejuruteraan, pengaturcaraan atau fungsi mekanikal dan elektronik. Inovasi ini biasanya memerlukan pembangunan prototaip, sistem, aplikasi, peralatan atau mekanisme tertentu.
Contoh:
Aplikasi mudah alih atau sistem web
Perisian perakaunan
Sistem automasi
Peralatan logistik
Produk elektronik
Teknologi bunyi dan pencahayaan
Reka bentuk perabot berfungsi
Teknologi tenaga solar
Animasi interaktif
Peralatan keselamatan atau high rope
1. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar aktif, staf dan pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) serta Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS).
2. Sasaran penyertaan terkini:
a. Kategori PELAJAR: 38 penyertaan secara individu atau berkumpulan.
b. Kategori PENSYARAH: 8 penyertaan secara individu atau berkumpulan.
3. Berikutan permintaan yang tinggi bagi kategori pelajar untuk penyertaan BIPC 2026, satu saringan berdasarkan laporan teknikal dan video pitching akan dilaksanakan. Status penyertaan boleh disemak melalui pautan berikut: STATUS PENYERTAAN
4. Penyertaan bagi kategori PELAJAR boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Setiap kumpulan dibenarkan mempunyai maksimum LIMA (5) orang peserta serta SATU (1) atau DUA (2) orang pensyarah pembimbing.
5. Penyertaan bagi kategori PENSYARAH/STAF boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Setiap kumpulan dibenarkan mempunyai maksimum TIGA (3) orang peserta.
6. Idea atau produk inovasi yang dipertandingkan mestilah hasil karya asli peserta dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Sekiranya peserta didapati melanggar syarat ini, penyertaan akan TERBATAL secara automatik dan sebarang hadiah kemenangan akan ditarik balik.
7. Reka cipta atau inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk produk pra-siri, sampel komersial, produk siap, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar atau bahan penerangan bertulis.
8. Setiap penyertaan WAJIB mengikuti Virtual Bootcamp yang akan diadakan pada 27 Ogos 2026 (Khamis).
9. Setiap penyertaan WAJIB menghantar Laporan Inovasi, Video Pitching dan Poster Inovasi bagi produk yang dipertandingkan.
· Laporan Inovasi hendaklah disediakan berdasarkan panduan dan format yang ditetapkan. Rujuk format di bawah. Dokumen tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 September 2026.
- Video Pitching - Link URL video tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 September 2026 bersama Penulisan Inovasi.
· Poster Inovasi perlu dicetak dan dibawa pada 21 September 2026. Setiap kumpulan akan diberikan easle untuk meletakkan poster.
10. Penilaian Laporan Inovasi dan Video Pitching akan dilaksanakan pada 17-18 September 2026. Pengumuman 38 kumpulan peserta yang akan menyertai Showcase Inovasi akan diadakan pada 18 September 2026 melalui Telegram Rasmi peserta BIPC 2026.
11. Pada hari pertandingan, daripada 38 kumpulan peserta Showcase Inovasi, sebanyak LIMA (5) penyertaan terbaik daripada jenis Inovasi Umum dan LIMA (5) penyertaan terbaik daripada jenis Inovasi Teknikal akan dipilih sebagai Finalis Business Pitching.
12. Sepuluh kumpulan Finalis Business Pitching ini akan membuat pembentangan di Bilik Seminar untuk penentuan pemenang pertandingan.
13. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
Video hendaklah berdurasi tidak melebihi 3 minit.
Peserta wajib menunjukkan prototaip atau produk inovasi dalam video.
Video mestilah mempunyai resolusi minimum 720p.
Video hendaklah menggunakan suara sebenar peserta. Penggunaan suara janaan AI adalah tidak dibenarkan.
Penggunaan elemen Business Model Canvas (BMC) dalam kandungan video amat digalakkan.
Format dan gaya persembahan video adalah bebas mengikut kreativiti peserta. Kandungan yang dicadangkan ialah:
Nama peserta dan nama produk, perkhidmatan atau idea inovasi
Pernyataan masalah
Penerangan produk atau inovasi
Keunikan dan manfaat produk
Potensi pasaran dan kumpulan pelanggan sasaran
Strategi pemasaran
Video hendaklah dimuat naik ke YouTube menggunakan akaun sendiri atau akaun pihak ketiga. Tetapan video mestilah Public atau Unlisted supaya boleh diakses oleh pihak penganjur dan juri.
Gunakan format tajuk berikut: BIPC2026_Nama Produk Contoh: BIPC2026_SuperMultibox
Pautan video YouTube hendaklah dihantar melalui borang yang disediakan.
Dengan menyertai pertandingan, peserta memberikan kebenaran kepada pihak penganjur BIPC 2026 untuk menggunakan video bagi tujuan penilaian, dokumentasi dan promosi program.
Disertakan contoh poster untuk rujukan peserta