AKREDITASI 

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) merupakan instrumen yang mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa. MQF menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar.

COPPA mengandungi garis panduan penyediaan dokumen untuk akreditasi program dan proses penilaian akreditasi program.

TTAC Manual is a guide for Education Providers (EPs) in offering any technology or technical education programmes. The Manual covers a broad spectrum of education programmes either fully academically-inclined programmes, mix of academic and practical-oriented programmes, or fully practical-oriented programmes. Furthermore, the Manual represents aspirations of MBOT to empower Technical and Vocational Education and Training (TVET) in Malaysia by providing the general guidelines for EPs to produce quality and competence workforces to local or international stakeholders. The Manual is prepared by taking into account the nature of future education such as multidisciplinary based, organic curriculum and flexible education; therefore, EPs are autonomous in designing their own programmes to meet thestakeholders’ expectations. 

MALAYSIAN QUALIFICATIONS REGISTER (MQR) 

Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)

Pengenalan

Seksyen 81 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) memperuntukkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) mengadakan dan menyenggarakan satu daftar kebangsaan iaitu Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register (MQR) yang mengandungi kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi dan diakredit di bawah Akta tersebut. 

MQR merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan tinggi yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi samada dari dalam atau luar negara. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan termasuk semua peringkat iaitu sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah atau yang setaraf dengannya.


DOKUMEN AKREDITASI 

Pautan Dokumen Akreditasi mengikut Program Pengajian  (Arahan : Tuan/Puan dimohon menggunakan email rasmi bagi mengakses pautan)