GARIS PANDUAN 

Pembelajaran dan pengajaran proses mendapatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Proses pelaksanaan aktiviti PdP memerlukan segala maklumat berkaitan aktiviti PdP direkodkan agar ianya terancang,teratur dan sistematik. Maklumat PdP yang direkodkan perlu mematuhi dasar, polisi, garis panduan, surat pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta keperluan badan akreditasi di samping memenuhi ketetapan sistem pengurusan kualiti (SPK) institusi. Garis panduan diwujudkan untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti PdP. Garis panduan ini diwujudkan sebagai rujukan pensyarah agar keselarasan dan keseragaman dapat dihasilkan.

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMEN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) PENSYARAH POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Garis Panduan Pemantauan PdP adalah satu keperluan dalam memastikan proses pemantauan PdP mencapai standard yang diperlukan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti. Proses PdP merupakan antara elemen yang penting dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Pemantauan pengajaran pensyarah yang dilaksanakan secara berkala berdasarkan garis panduan ini dapat memastikan pelaksanaan PdP mematuhi perancangan dan peraturan yang ditetapkan.

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENSYARAH POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI EDISI 2019

Tatacara ini dibangunkan bagi memberi panduan dan rujukan kepada Pegawai Kualiti, pensyarah-pensyarah serta pegawai yang terlibat dalam pengurusan Fail Rekod Pensyarah (FRP) di Kolej Komuniti. Tatacara ini menerangkan langkah-langkah bagaimana pengurusan FRP pensyarah dilaksanakan di dalam Modul FRP pada sistem CCMS. 

TATACARA PENGGUNAAN MODUL FAIL REKOD PENSYARAH (FRP) DI DALAM SISTEM CCMS

Analisis Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome, PLO) & Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcome, CLO) adalah wajib dilaksanakan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework - MQF) (COPPA: Bidang 3 – Penilaian Pelajar dan Bidang 7 – Pemantauan dan Semakan Program). Ia merupakan elemen penting dalam pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) bertujuan menambah baik kepelbagaian aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan di samping membantu pelajar menguasai hasil pembelajaran. 

PROSEDUR ANALISIS HASIL PEMBELAJARANPROGRAM PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Peperiksaan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia diwujudkan di bawah amalan dan bidang kuasa Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kelulusan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik yang berkuatkuasa pada Mac 2022 .


GARIS PANDUANPENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN 

Buku panduan ini penting sebagai rujukan kepada Kluster Bank Soalan dalam melaksanakan proses mengumpul item, pemilihan item, pembangunan set kertas penilaian serta memuat naik ke iBQS untuk kegunaan semua Kolej Komuniti. Buku panduan ini perlu dibaca bersama dengan buku Panduan Ringkas Penulisan Item Pentaksiran Kolej Komuniti bagi melengkapkan proses pembangunan Bank Soalan yang berkualiti. Panduan ini penting bagi memastikan kesahihan (validity), kebolehpercayaan (reliability), konsistensi (consistency) dan juga aspek keadilan (fairness) setiap kaedah pentaksiran yang dilaksanakan.



PANDUAN PENGURUSAN BANK SOALAN KOLEJ KOMUNITI

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua kolej komuniti dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pelantikan panel penilai luar item penilaian kolej komuniti. Mewujudkan keseragaman proses penilaian ke atas item penilaian dan memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan terhadap item penilaian. 



GARIS PANDUAN PELANTIKAN PANEL PENILAI LUAR ITEM PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI

Garis panduan ini dibangunkan untuk memberi panduan kepada para pengurus akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) khususnya di politeknik dan kolej komuniti untuk tujuan berikut:

i) Melaksanakan Kajian Pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) 

alumni yang diperlukan badan akreditasi bagi tujuan akreditasi program

ii) Menilai pencapaian PEO alumni bagi tujuan penambahbaikan kurikulum



GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAJIAN PENCAPAIAN PEO EDISI 2021

Sebagai langkah untuk memantapkan proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) di peringkat JPPKK dan institusi, Panduan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Politeknik Dan Kolej Komuniti Edisi 2020 (PANDUAN CQI) yang diterbitkan ini boleh dijadikan sebagai rujukan di JPPKK dan institusi dalam memastikan kualiti program yang ditawarkan oleh politeknik dan kolej komuniti sentiasa dipantau dan ditambahbaik secara berterusan. Pelaksanaan Pelan CQI ini akan memudahkan pihak institusi dalam memantau, menyemak dan membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di institusi serta memastikan kualiti penawaran program pengajian dipertingkatkan secara konsisten dan berterusan.


PANDUAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI EDISI 2020 (PANDUAN CQI)

Buku Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Diploma) Kolej Komuniti Malaysia Edisi 2021, KPT ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan kepada pelaksana program pengajian di Kolej Komuniti Malaysia, pihak industri dan manamana pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek pelajar. Buku panduan ini dibahagikan kepada DUA (2) Bahagian: Bahagian I: Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Diploma) Bahagian II: Format Penulisan Laporan .



PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR (PROGRAM DIPLOMA) KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIEDISI 2021

Buku Panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga kolej komuniti dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program pengajian yang menggunakan pendekatan WBL. Buku ini mengandungi tujuh (7) bab yang merangkumi keseluruhan aspek pelaksanaan WBL iaitu pengenalan umum kepada konsep WBL, kolaborasi industri, pembangunan kurikulum, kaedah pentaksiran, pelaksanaan instruksional, peraturan disiplin dan jaminan kualiti. Namun demikian, ia tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian program pengajian dan kursus di kolej komuniti berkenaan.



BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGAJIAN PENDEKATAN WORK BASED LEARNING (WBL) KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2022

Buku Panduan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) Kolej Komuniti Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Edisi 2020 merupakan panduan dan rujukan kepada warga Kolej Komuniti Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan  penasihatan akademik. Buku Panduan ini memberi penjelasan mengenai matlamat,  objektif, peranan dan tanggungjawab pegawai yang terlibat, carta alir pelaksanaan serta  pelaporan. Ianya juga bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan SPAk di semua Kolej Komuniti Malaysia. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian di kolej komuniti.



PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK (SPAk) KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2020

Panduan ini dinamakan Garis Panduan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (Credit Transfer and Course Exemption, CTCE) Politeknik dan Kolej Komuniti. Panduan ini berkuatkuasa mulai Sesi Jun 2020 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Akademik pada 13 Jun 2019 untuk digunakan oleh semua Politeknik dan Kolej Komuniti.

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan prosedur berkaitan pindah kredit dan pengecualian kursus yang perlu dipatuhi oleh Politeknik dan Kolej Komuniti. Mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan pindah kredit dan pengecualian kursus di Politeknik dan Kolej Komuniti.


GARIS PANDUAN PEMINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS CREDIT TRANSFER & COURSE EXEMPTION (CTCE) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI EDISI 2020

Garis Panduan PeNA ini dihasilkan sebagai panduan kepada JPPKK dan institusi di bawahnya dalam proses pelaksanaan PeNA. Kandungan garis panduan ini merangkumi kaedah penaziran, peranan dan tanggungjawab, kriteria pemilihan institusi yang dilawati, proses pelaksanaan PeNA dan instrumen yang digunapakai semasa proses PeNA dilaksanakan.


GARIS PANDUAN PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA)

Buku Abad 21: Trend Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang boleh diaplikasikan di dalam bilik kuliah. Bagi mencapai aspirasi pendidikan tinggi negara untuk membangunkan insan yang mempunyai kemahiran abad 21, seseorang pensyarah/pengajar perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi/androgogi (pembelajaran dan pengajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukan insan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang. Perkembangan pesat yang berlaku masa kini membawa bersamanya perubahan-perubahan dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik praktis bilik kuliah. Justeru, buku ini ditulis supaya ianya lebih berfokuskan kepada aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad 21. 


ABAD 21: TREND PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN  POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

Buku Panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti PPI bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti kekal relevan dan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak membolehkan politeknik dan kolej komuniti mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan dan seterusnya menjadikan politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi yang signifikan dalam pembangunan negara. 


BUKU PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2022

Garis panduan ini bertujuan sebagai rujukan bagi pelantikan dan pelaksanaan JPI di Politeknik dan Kolej Komuniti. Buku garis panduan ini juga menjadi rujukan kepada Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), JPPKK, Pegawai CISEC (Corporate Industry Services and Employability Centre) di Politeknik serta Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni (PPIA) di Kolej Komuniti. 


GARIS PANDUAN PENGURUSAN JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (JPI) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti Malaysia Edisi 2022 ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan kepada pelaksana program pengajian di Kolej Komuniti Malaysia, pelajar, industri dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Latihan Industri (LI). Buku ini juga memperincikan secara jelas fungsi dan peranan pihak yang berkepentingan, menerangkan skop latihan yang diperlukan dan kaedah pelaksanaan penilaian LI. 


BUKU PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2022

Garis panduan ini merupakan salah satu usaha untuk penyelarasan penyediaan dokumen PdP PSH kolej komuniti mengikut panduan dan proses operasi standard yang teratur. Perancangan pengurusan PdP PSH perlu didokumenkan dengan rapi dan teratur sebagai 

rujukan pensyarah dan pihak yang terlibat dalam pengurusan PSH. Penyimpanan dokumen dalam sesuatu proses PdP PSH amat penting dalam memastikan keberkesanan proses PdP dan penambahbaikan pada masa akan datang. Pengurusan PdP PSH yang melibatkan pelbagai program/kursus bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diuruskan. Oleh itu, perancangan yang teliti dan teratur adalah perlu dan disusuli dengan pelaksanaan yang lancar agar komuniti sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang disampaikan. 


GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMEN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KOLEJ KOMUNITI VERSI 1KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

Buku Panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan semester pendek di institusi masing-masing. Kerjasama daripada semua pihak membolehkan politeknik dan kolej komuniti mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan dan seterusnya menjadikan politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi TVET yang signifikan dalam pembangunan negara.


BUKU PANDUAN PELAKSANAAN SEMESTER PENDEK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2022